🔥 KELUARGA ITU 🔥kini berakhir. Tapi ada episode Eksklusif?
🔥 SEBUAH LAGI KARYA HEBAT DARI EIRMA FATIMA. 🔥
MULAI 28 FEBRUARI INI, GAISSS!!
▶️ #KeluargaItu-> Setiap Jumaat - Ahad -> 9:00 Malam Di TV3!
Korang boleh strim episod baharu #KeluargaItu 24 jam lebih awal di Tonton!
Sinopsis:
Keluarga Iman dan Chempaka kelihatan sempurna di luar, tetapi di dalamnya tersembunyi pelbagai konflik yang menguji kesabaran dan keimanan. Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, berusaha membimbing empat anaknya iaitu Ansara, Anwari, Dhamiah, dan Dhini.
Namun, setiap seorang membawa luka dan perjuangan tersendiri. Ansara, usahawan berjaya, kehilangan rumah tangganya apabila isterinya, Camelia, seorang mualaf yang tidak pernah dibimbing, berpaling darinya. Anwari, dihantui rasa iri, menjauhkan diri daripada keluarga dan mengabaikan isterinya, Husna, yang tetap setia menanggung kelemahannya. Dhamiah, yang lari dari rumah akibat trauma silam, mendambakan kebebasan tetapi terperangkap dalam kehidupan yang lebih gelap. Sementara itu, Dhini, anak bongsu yang menghidap autisme, hanya bergantung nasib pada Husna.
Ketika rahsia terbongkar dan ujian semakin berat, mampukah keluarga ini bersatu semula? Atau adakah mereka akan terus terpisah oleh perasaan dan kesilapan lalu?
Para pelakon:
@umieaida9 sebagai chempaka
@iamrosyam sebagai iman
@fattahaminz sebagai Ansara
@izaraaishahofficial sebagai Husna
@amir.ahnaff sebagai Aman
@muaz.zabir sebagai Anwari
@morosechild sebagai Dhamiah
@themelissacampbell sebagai Camelia
@duerramitilda sebagai Dhini
Terbitan : @rumah_karya_citra
Penulis Skrip: @ermafatima
Arahan : @nursharif
Episode Khas Episode 31
Korang tertanya tanya apa jadi kat Ansara?
Korang kena layan EPISOD EKSKLUSIF! Episod 31!
Episod berdurasi 15 minit ni akan jawab tentang penutup kisah Ansara dan isterinya.
Selain tu, episod ni akan jawab soalan netizen, kenapa Iman tak cari pelacur atau perempuan lain untuk lampiaskan nafsunya...
Kita juga akan tahu, kenapa Chem selalu bertindak membela Iman.
Walaupun episod ni kecil dan ringkas, ianya ialah fillers yang cukup untuk menyempurnakan penutup kisah Keluarga Itu.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq