Sekam Di Dada
Bermula 11 Mac 2025
Isnin Hingga Jumaat Pukul 10 Malam
TV3 Dan Strim Di IQIYI
👉Dalam diam, dia menyimpan luka. Dalam duka, dia menanggung derita. Sekam Di Dada mengajak penonton menyelami jiwa Orkid, seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta dan terkurung dalam bara amarah yang membakar perlahan-lahan.
Tidak semua cinta itu indah, dan tidak semua mahligai membawa kebahagiaan. Ketika kesengsaraan menggantikan kasih sayang, ketika marah dan rintihan menjadi bahasa cinta, apa lagi yang tinggal buat dirinya?
Kisah Seorang Isteri Terperangkap Dalam Hubungan Narsistik!
Mengupas hidup Orkid (Amyra Rosli), seorang guru mengaji yang tiba-tiba menuntut cerai setelah suaminya, Nasir (Dato’ Adi Putra), jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan akibat jangkitan kuman pada saraf tunjang.
Namun, keputusan Orkid mencetuskan kemarahan bukan hanya buat Nasir, tetapi juga anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri), yang bergelut dengan perasaan tidak percaya.
#SekamDiDada
#Samarinda
#DramaSangat
#TV3Malaysia
#iQIYIMalaysia
#MediaPrima

Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq