Korang dah tengok ke drama ajaran sesat terbaru karya Erma Fatima ni? Walaupun ada beberapa babak yang agak panas hingga Jakim memberi teguran sebab menjijikkan tapi dia punya storyline menarik.
Drama ini adalah terbitan Rumah Karya Citra diarahkan oleh Pali Yahya.
Tayangan Mac 2025 dan Strim di Viu.
Sinopsis:
Drama ni kisah pasal Baiduri (Riena Diana), seorang gadis lepasan universiti yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai satu kumpulan agama bernama Jihad Ummah. Kumpulan ni diketuai oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).
Bila dah masuk dalam kumpulan tu, Baiduri mula nampak benda-benda pelik, perkahwinan paksa, ketaatan membuta tuli, dan ajaran yang makin lama makin mencurigakan. Bayangkan, diorang punya taksub tu sampaikan sanggup cium dan minum air kaki si Walid ni.
Dalam usaha untuk menyelamatkan ibunya dari kumpulan tersebut, Baiduri bertemu dengan Hambali (Fattah Amin), anak kepada salah seorang pemimpin kanan kumpulan tersebut yang baru pulang dari Yaman. Hambali ni sama je macam Baiduri. Dia pun ragu-ragu dengan ajaran bapak dia tu.
Mereka kemudiannya bekerjasama dan mencari jalan untuk dedahkan kebenaran. Tapi tak semudah yang disangka. Geng2 Jihad Ummah bukan calang2. Mereka sanggup buat apa saja untuk pastikan rahsia mereka tidak terbongkar.
Menampilkan pelakon seperti Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Vanidah Imran, Hasnul Rahmat , Fazlina Ahmad Daud, Fathia Latiff, Marissa Yasmin Dan Ramai Lagi.
👉Bidaah dari sudut istilah merujuk kepada perkara-perkara yang diniatkan kononnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi bercanggah dengan aturan agama.
Kredit: Viu Malaysia , Rumah Karya Citra
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq