Wednesday, September 3, 2014

Slot ratu :Setitis Kasih Damia (update)


Adaptasi  daripada Novel Setitis Kasih Darmia.

Mula tayangan:14/10/2014 
Channel: tv9

Nelydia dan Sharnaaz berganding lagi dalam drama terbaru setitis kasih damia


sinopsis:
Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela.Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar.Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya.
Tawaran sambung belajar yang ditawar oleh Haliza disambut gembira oleh Darmia. Namun,lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza membuat hidupnya  mengharu birukan keadaan.Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin.

Buatlah apa sahaja, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi,semakin kuat Khairul Amir mengejar dan rahsia yang terpendam selama ini terbongkar jua. Kasih Haliza pada Darmia juga berkecai.

Khairul Amir nekad,biar hilang segalanya di dunia,setitis kasih Darmia terus dinanti.



“Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.” Makin deras air mata di pipi Darmia.
“Aku tak nak!” Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar. Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ. Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini. Saat itu bagai terngiang-ngiang lagu Rindu memaksaku menyayangimu nyanyian Francisca Peter berdendang sayu, sesayu hatinya saat itu. Bait-bait lagu bagaikan mengerti perasaannya tika itu.



Watak:
Darmia- Nelydia senrose
Khairul Amir- Sharnaaz Ahmad
Opah - Fauziah Nawi
Mak Long - Azizah Mahzan
Pak Ngah Salleh - Nasir Bilal Khan
Zulfekar- Joshua
Haliza- Zaryn Min














2 comments:

  1. Admin, nanti tolong sediakan link untuk download apabila cite ni bermula ye...

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq