join admya di FB

Dewa Cinta Ganti Nora Elena



Nama drama: Dewa Cinta
Penyiar : TV3
Jam Siaran: 7-8pm
Hari Siaran : Isnin- Khamis
Terbitan: GB
Mula siaran: 20/6/2011
Jumlah episod: 24
Pengarah: Harris Fadzillah
Lagu tema Dewa Cinta: Black - Aku Cinta Aku Rindu, Dewi Aleeya, klik Lirik lagu tema Dewa Cinta

Fasha dan Iqram pelakon utama dewa cinta
Watak dalam dewa Cinta:

  • Iqbal- Iqram Dinzly
  • Fasha Sandha- June
  • Rohaya- Aida Khalida
  • Lynn-  Lana Nordin
  • Selena- Bkay Nair
  •  Norhan- Hafiz
  • Nikki- Black


 Synopsis:
Iqbal, seorang pentadbir syarikat milik ibubapa angkatnya, tidak pernah tahu asal usulnya. Apa yang dia tahu, dia hanya ada seorang ayah yang begitu garang.(tv3 synopsis)


Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pulak pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.
Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.
Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi depa dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya..huhu!! bercinta bagai nak rak..last last dapat tau kakak kandung le pulak..apa jadi ye ending cerita ni. 
RM28.00
 2005 : Rosyam Nor dan Nasha pelakon utama novel muzikal nie
Nak beli online Novel nie plus dapat Free CD layari http://www.e-kedai.net/my/novel-fiksyen-umum/cinta/dewa-cintaku-didatangi-dengan-cd-percuma-and-quotdewa-cintaku-and-quot.html

Sinopsis

"Walau cinta tak pernah aku cuba,
tak pernah aku rasa,
aku mampu berikan segalanya,'
cuma hanya...
jika kau bawa aku terbang bersama,
meneroka alam cintamu yang beku...
izinkan aku mencairkannya,
izinkan aku temanimu,
hingga ke akhir masa..."
DEWA CINTAKU
Iqbal & June
Miliki sejarah hidup yang sama,
menjadi mangsa perpecahan keluarga
sehingga menjadikan mereka
manusia-manusia yang tidak perlukan cinta,
Namun apabila cinta itu tidak berdosa...
Mereka tersungkur jua di kakinya....

Soroton episode:

OST DEWA CINTA
  1. Lagu tema dan senarai lagu dalam dewa cinta
  2. Lirik di atas satu cinta

Comments