join admya di FB

Sambungan Dewa Cinta lagi: episod 13 &14

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Tak sempat tengok kat tv untuk dua episod ni, nasib baik ada online..tapi tak best macam tv-screen tak besar he..hehe
Untuk dua episod ini,takde lagu baru...tak sempat nak cari(maaf ye)


Episod 13 - flashback tentang June yang diculik oleh ibu angkatnya. Baru June tahu,ibunya bukan ibu kandung sebenarnya.

Dewi Junita anak kandung Mariana dengan Hanafi telah meninggal dunia terkena kejutan eletrik dari cerek. Mungkin anak itu cuba memasak air kerana ibunya masih tidur. Mariana takut sekiranya Hanafi tahu akan kecuaiannya, Hanafi akan naik angin dan Mariana akan dihantar pulang ke Filipina. Sebelum Hanafi pulang dari kerja, Mariana kebumikan anak mereka jauh didalam semak dibelakang rumah. Mariana sedih, takut tetapi masih mahu bertahan untuk tinggal di Malaysia. Hari sudah malam, Hanafi risau kerana Dewi masih belum pulang dari rumah jiran seperti yang dikatakan oleh Mariana. Hari berlalu, Dewi disahkan hilang. Hanafi mahu lapurkan pada pihak polis tapi Mariana melarang kerana Mariana tidak punya permit bekerja dan Visanya pula sudah lama luput. Hanafi makan hati tapi terus mencari Dewi manakala Mariana yang diburu dosa menjadi gila. Mariana kemudiannya mencuri anak orang ditempat orang ramai.

 Episod 14

Walaupun Iqbal dan June telah mendapat tahu dari surat peninggalan arwah Mariana bahawa mereka bukan saudara kandung, mereka perlu jalani ujian DNA untuk mengesahkannya bagi memudahkan mereka bernikah. Kes mereka juga perlu dilapurkan pada pihak polis untuk menjalankan berbagai proses. Lokasi perkuburan Dewi Junita Anastasia, kakak kandung Iqbal juga harus dibongkar. Lokasi perkuburan Dewi di Kajang, Selangor kini menjadi tanah lapang untuk dinaikkan sebuah projek perumahan. Sebuah jentolak membuat kerja-kerja mengorek tanah. Iqbal dan June menyaksikan kerja-kerja itu. Rohaya dan Norhan datang bersama seorang pakar forensik. Tulang temulang ditemui dan pakar forensik itu mendapati ianya berupa tulang kanak-kanak. Tulang temulang itu dibawa ke ibukota untuk dipadankan dengan DNA Iqbal untuk mengesahkan kebenaran cerita yang tertulis didalam warkah arwah Mariana. Iqbal dan June berdebar menanti keputusan. Mereka mengharapkan masa depan sebagai suami isteri.

Bagi June,dia mendapat 2 berita baik iaitu dia mempunyai harapan untuk berkahwin dengan Iqbal kerana Iqbal sah bukan adik kandungnya,kedua- June menemui adik kandung yang dicarinya selama ini Faris.
 Tapi bagi Iqbal, dia mendapat berita gembira dan sedih.Gembira kerana dia akan berkahwin dengan kekasih hatinya June namun sedih bercampur geram apabila mengetahui Faris adalah adalah adik kandung June iaitu musuhnya.

Selepas ini,Zed Zaidi(Faris) pula yang jadi antagonis dalam drama ini.Macam tak berapa masuk watak Faris dengan Zed(sebab Zed sesuai watak baik kut)

Comments