Jom Kita sambung Dewa Cinta.
Sorry ye tak update drama dewa cinta nie..
Tapi atas permintaan peminat- peminat Dewa Cinta,
Episod 5:
Ketidakhadiran Iqbal dipejabat yang lebih dari seminggu dan aduan Selena melihat Iqbal berfoya-foya disebuah kelab hiburan menguatkan lagi prasangka negatif Rohaya terhadap June. Rohaya yang mendapat alamat kediaman June dari Lynn, pergi berjumpa June.
Rohaya menuduh June yang telah merubahkan Iqbal kerana sebelum kehadiran June, Iqbal tidak pernah biadab dan tidak pernah abaikan tugas pejabat. June juga dituduh mahukan wang Iqbal. June tidak dapat menerima semua ini.
Walau Rohaya lebih tua darinya, June tidak segan-segan untuk membalas cemuhan Rohaya. June tegaskan dia tak ada kena mengena dengan perubahan sikap Iqbal dan dia juga telah lama tidak berjumpa Iqbal. June mencemuh sikap sombong Rohaya lalu masuk kerumahnya
Episod 6:
June tegaskan pada Rohaya dia tidak ada ‘mood’ untuk bergaduh dengan sesiapa. Rohaya dengan nada lembut menjelaskan dia sudah tahu dari Iqbal bahawa June telah menasihati Iqbal agar kembali bekerja dan minta maaf pada Rohaya. Rohaya jelaskan lagi dia adalah seorang wanita yang berfikiran terbuka.
Walau dia mudah meledak apabila dihasut, dia juga mudah minta maaf apabila dia yang bersalah. Rohaya minta maaf pada June seikhlasnya. June yang sudah masak dengan rona-rona kehidupan, juga ikhlas memaafkan dan mengajak Rohaya minum teh dan biskut kering dirumahnya. Rohaya gembira menerima undangan June. Sejak itu mereka menjadi rapat. Rohaya harungi keunikan gaya hidup June dan dengan hati yang nyaman mahu June menjadi isteri Iqbal tetapi June masih hanya mahu berkawan biasa dengan Iqbal.
Episod 7 :
Malam itu Fatimah didatangi mimpi yang menakutkan. June datang untuk memusnahkan Fatimah. Fatimah tidak sedap hati lalu bertanya pada Iqbal tentang June. Iqbal beritahu kedudukannya dengan June.
Fatimah berkata, adalah tidak adil buat lelaki seperti Iqbal menunggu seorang wanita seperti June. Sebagai seorang kakak, Fatimah lebih suka jika Iqbal mencari perempuan yang lebih muda, cantik dan anggun. Iqbal yang terganggu, cerita pada Rohaya tentang apa yang dikatakan oleh Fatimah. Rohaya tidak faham kenapa Fatimah yang baru saja hadir didalam hidup Iqbal boleh bersuara sedemikian rupa. June yang rasa tidak selesa dengan Fatimah, menyepi diri dari Iqbal hingga Iqbal terpaksa mencarinya lagi. June ditemui di pub Yow pada siang hari, sedang berlatih muzik. Melihat akan kedinginan June, Iqbal beredar dan tanpa disedari, telefon bimbit Iqbal tercicir diatas tempat duduk Iqbal tadi. Iqbal terganggu memikirkan tentang hubungannya dengan June.
Episod 8:
Rohaya membawa June duduk dengan Iqbal dan Lynn. Walau Iqbal telah melihat June bersama Hazim malam tadi, Iqbal tetap melayan June dengan baik walau keadaan Iqbal agak lemah. Lynn tidak selesa berada disitu lalu minta diri dengan alasan dia ada banyak kerja di pejabat. Rohaya melihat drama antara mereka tetapi Rohaya buat tak tahu. Rohaya memberikan telefon bimbit pada Iqbal. Iqbal bertanya, dimana Rohaya jumpa?
June beritahu, telefon itu tercicir di pub petang semalam. June beritahu dia ke Noraya Holdings untuk menghantar telefon itu semalam tapi dia lihat Iqbal sudah berlepas keluar dari perkarangan bangunan. Iqbal dapat merasakan June terganggu kerana melihat Lynn didalam kereta dengan Iqbal lalu Iqbal juga mahu membuat June rasa bersalah. Iqbal beritahu, malam tadi di ke pub Yow tetapi June tidak bekerja dan seterus mencari di warung Mamak Kassim dan melihat June bersama kekasih lama June.
Episod 9
Sebaik saja turun dari kereta, Iqbal menumbuk muka Hazim. Hazim melawan lalu terjadi pergaduhan. Hazim berkeras mengatakan June itu adalah miliknya dan ini membuatkan Iqbal makin marah. Hazim teruk dibelasah oleh Iqbal dan Ayim terpaksa meleraikan agar Iqbal tidak menjadi seorang pembunuh.
June tidak mahu mendakwa Hazim kerana kasihankan anak-anak Hazim. June mengajak Iqbal dan Ayim pergi. June dibawa oleh Iqbal kekelinik untuk buat pemeriksaan. Kasih sayang dan keprihatinan Iqbal terhadap June membuatkan tiada lagi rasa ragu-ragu dihati June untuk menerima Iqbal. Cuma rasa malu pernah menolak cinta Iqbal membuatkan June tidak dapat meluahkan perasaannya. Selena pergi berjumpa Norhan dan tunjukkan luka dibibirnya akibat ditampar oleh Fatimah. Selena tidak
suka semua itu. Selena tidak mahu membuang masa untuk Iqbal. Selena hanya mahukan wang.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq