join admya di FB

Episode Akhir Cinta di Wadi Safiyyah






 Akhirnya tiba di episode akhir. Adakah kesudahannya sama seperti novel atau Ada plot twist?

Cinta bersemi di wadi saffiyah

Episode 21-25

Episode 26

Dania diberitahu tentang kemalangan Pn Kay. Dania jatuh pengsan menyangka Pn Kay mati. Iqbal sentiasa memberi nasihat dan semangat kepada Dania.

Episode 27

Qabil berusaha mendekati Dania. Dania sentiasa mengelak kerana bencikan Qabil. Qabil Cuba mengugut Dania untuk sebarkan kisah sebenar dan mengambil kesempatan.Dalam satu pertemuan Qabil dengan Dania di taman, menyebabkan insiden Rakibah mencederakan Shira menggunakan pisau. Iqbal datang dengan sebentuk cincin dengan niat melamar Dania. Namun di sebalik pintu yang didengar sangat mengejutkan. Anak Dania rupanya anak Qabil. Iqbal menjadi marah Bila mendengar jeritan Dania. Berlakulah pergaduhan Antara mereka.


Episode 28 

Haji Mukri cuba meleraikan pergaduhan Qabil dengan Iqbal. Ketika pergaduhan itu, tiba- tiba Dania mengalami kontraksi dan menjerit nama Iqbal, dan ustazah yang panik menghubungi doktor. Qabil yang marah pergi meninggalkan Wadi Safiyyah mengalami kemalangan dan meninggal dunia.Kelahiran Anak Dania diazankan Oleh ustaz Iqbal.


Selepas berpantang, ustaz Iqbal sekali lagi melamar Dania. Namun, Dania menolak. Tidak Tahan  melihat drama mereka berdua, Nora sendiri mengambil cincin tersebut dan menyarungkan di jari Dania sambil berkata: 

Jual Mahal pulak, orang da suka tu terima je la.


Dania tersenyum malu menerima lamaran Iqbal dan mahu rahsia Qayyum anaknya dirahsiakan sampai bila2.

Happy ending! 

TQ pada semua yang follow blog ni selama 28 episode

Comments