Ketika diri alpa dan terhimpit dosa, hadirnya cahaya membawa kasih yang didamba…
Setiap Isnin - Jumaat, 7 malam
Hanya di slot Akasia.
Arahan: Shuhaimi Zulkepli.
Jumlah episode: 28
Sinopsis.
Dania, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.
Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-nya terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan
Watak Pelakon
Rita Nadira sebagai Dania
Aniq Suhair sebagai Iqbal
Aidit Noh sebagai Qabil
Zamarul Hisham sebagai Safuan
Mas Anizan sebagai Kayra
Ezany Nizariff sebagai Hussin
Azza Elite sebagai Hajah Maryam
Serene Claire sebagai Julia
Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri
Iman Aneesa sebagai Umairah
Natasha Azizan sebagai Sheera
Putri Dellyna sebagai Sofea
Ikhram Juhari sebagai Bakri
Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syaqir
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq