join admya di FB

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

 

AMEN KHALED PENYAMBUNG LEGASI ALLAHYARHAM MAMAT KHALID, SEMPURNAKAN KARYA TERAKHIR ‘KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI’

‘Di Pawagam Rumah Anda, Astro First Bermula 3 Mac Ini’

 

Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia serta masyarakat. Kejayaan-kejayaan yang dicipta turut menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri premium, telemovie serta filem pendek, dan lebih unik menjadi satu-satunya jenama filem tempatan yang masih menerima reaksi positif serta relevan hingga ke hari ini meskipun telah diperkenalkan sejak lebih sedekad lalu. Bagi meneruskan perjuangan seni dan legasi Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

 

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 3 Mac hadapan. Mengekalkan tunggak utama dalam meneraju watak sebagai penduduk Kampong Pisang, seperti Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).


Sinopsis:


Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang menggangu sekali lagi penduduk Kampong Pisang.Kejadian misteri turun berlaku kepada Gerhana adik kepada Purnama sehingga menarik perhatian semua orang kampong pisang. Pada masa yang sama, pilihan raya kecil telah diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas sesama sendiri untuk kebaikan mereka.


Comments