Bisik Pada Langit


Filem Bisik pada langit kini di pawagam mendapat sambutan hangat. Filem kekeluargaan ini penuh dengan mesej dan pasti menjentik perasaan anda.
Para pelakon hebat membintangi drama ini antaranya Jalil Hamid, Umi Nazeera, Beto Kusyairi, Erwin Dawson, Fadilah Mansor. Filem ini mengangkat kasih sayang seorang terhadap anaknya.

Sinopsis:
Wak Selamat amat menyayangi anak perempuannya dan sanggup menuruti kehendaknya kerana dia satu-satunya anak perempuannya yang bernama Siti Hajar. Seperti mana ayahnya, abangnya Zaidi ( Beto) dan  Ikram(Naim Daniel) membantu Hajar mencapai impiannya belajar di Perth, Australia. Walaupun berat hati, Wak Selamat tetap memberi keizinan demi anaknya mencapai segulung ijazah memandangkan Wak Selamat selama ini hidup dalam serba kekurangan. Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar terlibat dalam satu kemalangan motorsikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya selepas kemalangan tersebut,sedangkan ahli keluarganya yang lain telah mengetahui sebelum ini lagi. Siti Hajar kini dalam keadaan koma di negara asing. Wak Selamat cuba mencari kalan agar dia dapat melihat sendiri keadaan anaknya di Australia. Tanah yang ada digadaikan, rumah pula dipajakkan dan saudara mara yang membantu lebih mencemuh keputusan Wak Selamat kerana tidak setuju dengan tindakan Wak Selamat. Adakah keputusan Wak Selamat betul dalam memastikan anaknya selamat kembali pulang kepada keluarga?









admya:
Ramai yang memuji Filem ini

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...