join admya di FB

Kampung Pisang Musikal Raya


 Filem yang penuh dengan pelbagai elemen- kelakar dan musikal. Kutipan terkini telah mencapai 1 juta.


Sinopsis:
Seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya. Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang. Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian. Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.

Berkonsepkan muzikal, terdapat 10 buah lagu lagu ‘evergreen’ yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon Kampong Pisang! Kesemuanya terdiri daripada lagu popular Hari Raya dan juga lagu hitsekitar 1990-an. 

watak Husin lakonan Datuk Awie kembali sebagai teraju utama serta watak-watak Kampung Pisang dan watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

Comments