Kuali Mentua Lauk Menantu. Tajuk pun dah catchy kan. Pasti drama ni tentang hubungan menantu dan mentua. Adakah hubungan yang serasi atau sebaliknya nantikan di kaca tv. Google trending
Lakonan Nor Albaniah, Hafreez Hakim, Afifah Nasir
Terbitan: Creative skill Solution
Jumlah episode : 26
Mulai: 7 april 2021
Sinopsis:
Lela, (23), comel, periang, suka menyakat,dan bekerjaya klik-klik. Dia jadi ‘photographer’ wanita yang kerja di studio seniornya di KL bersama kawan baiknya Ona selepas selesai jalani praktikal dan habis belajar. Lela dibesarkan oleh ayahnya, En Lukman. Tapi sebab En Lukman ni kerja atas kapal dan selalu belayar, Lela kena tinggal dengan neneknya Wan Ipah dan Mak Ngahnya.
Haikal Mikael, (27), arkitek muda yang berjaya. Kacak tapi serius je dengan kerja sampai lupa dunia luar. Ada girlfriend, seorang model nama Nina. Tapi model tu yang tergedik-gedikkan dia. Sedangkan Haikal, macam ‘lost’ je setiap kali kena teman si Nina. Nak kata cinta, macam takde perasaan. Las-las Haikal letak status dalam FBnya, ‘In Relation but no one’. Nina ni suka heret Haikal pergi studio untuk fotografi dan kadang-kadang pergi buat ‘fashion show’. Haikal pun menurut jelah. Tapi jangan haraplah dia nak ambik tahu awek dia pakai fesyen apa, warna apa, posing macam mana. Bila di lokasi, dia lebih rela layan game di handphone.
sampai masanya, maka bernikahlah Haikal dan Lela. Sejak malam pertama, Haikal hanya tunjuk reaksi wajah kosong je setiap kali Lela berbicara dengan nada kecohnya. Paling takpun, dia senyum sebab bagi dia, si Lela ni memang ting-tong sikit. Selepas itu, Haikal dan Lela disuruh balik kampung untuk tinggal selama seminggu bersama Wan Ipah dan Mak Ngah. Ketika itulah, sikit demi sikit Haikal mulai kenal perwatakan Lela. Nampak saja kecil molek, tapi Lela ni sebenarnya berganda lasaknya di kampung. Segala ceruk kampung diheretnya Haikal termasuklah bawa Haikal naik trektar sawah yang dipandunya sendiri. “Awak ni, segala jenis mak nenek lesen ada kan? Lesen apa yang awak takde, kenderaan apa yang awak tak bawak?”, tanya Haikal. Dengan selambernya Lela menjawab, “Semua kenderaan yang saya ada lesen, saya dah bawak. Cuma satu je lagi lesen yang saya ada, tapi saya tak dapat bawak lagi. Lesen nak bawak hati saya masuk dalam hati awak”
Maka masuk bulan puasa, Lela banyak habiskan masa di rumah Hashimh, walaupun Haikal selalu mengelat sebab tak nak berlama di sana. Lela manfaatkan masa itu untuk rapatkan hubungannya dengan adik-adik tiri dan ayah tirinya. Mereka pergi terawih, tadarrus, semuanya sama-sama. Sampai Haikalpun sama terbabit jadi baik dengan keluarga tirinya. Tapi yang tak syoknya, setiap kali buka puasa, mesti si Tina datang menyibuk bawak juadahnya juga. Memang tu rancangan Hashimah, nak jugak satukan Haikal dengan Tina. Bukan Lela tak tahu rancangan mama mertuanya tu. Tapi dia kan jenis selamber. Pandai pula dia menjawab kenakan Tina balik bila Tina menggedik dengan Haikal. Yang lawaknya, setiap hari makanan yang dibawa Tina terpaksa dihumban dalam tong sampah. Memang takde siapa nak layan makanannya sebab takde bahan. Kedekut punya pasal. Makanan yang tak cukup bahan mana sedap kan…
Tapi Hashimah tak putus asa, plus Tina yang memang gedik nak jadi menantu dia walaupun En Manaf, Mila dan Adam meluat sangat. Mereka lebih sayang Lela dan sentiasa back-up Lela dari Hashimah dan Tina. Kini, Hashimah pula tuduh Lela nak pecah-belahkan dia dengan keluarganya. Betullah cara Lela tu, pikat hati dengan makanan. Kalau makanan serba kedekut, macam mana hati nak sayang?
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq