join admya di FB

Rindu Yang Terlarang



Faith, rindu kita rindu terlarang - Ainnura.
Zahirah kembali ke layar drama bersama Fikri Ibrahim.!Tayangan bermula 26/11/2019. Karya novel Umie Nadzimah. Update download


Channel: Astro Ria
Terbitan: Zeel Production
Arahan: Rashid Sibir

Sinopsis:
Rindu Yang Terlarang mengisahkan hubungan cinta antara Faith dan Ainnura
tapi disebabkan pergaduhan antara keluarga mereka, mereka terpaksa sembunyikanhubungan ini. Konflik terjadi apabila Faith dan Ainnura buat keputusan untuk berkahwin dan minta izin daripada keluarga namun keluarga mereka menghalang. bila minta izin cara baik kena pelempang, Faith dan Ainnura minta tolong tok wan Ainnura, nasibla tokwan sporting dan support keputusan mereka untuk nikahkan mereka secara senyap. Mereka berpisah kerana terpaksa tapi pertemuan kali kedua selepas bertahun terpisah buat Faith nekad untuk bersatu balik dengan Ainnura tapi time ni boleh nampak Ainnuta makin matang dalam buat keputusan. sebabnya dia tak nak sejarah lama berulang kalau family mereka masih lagi bergaduh.

sinopsis novel:
Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.

“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA

Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.

“Kita tetap akan nikah, Ain!” – FAITH

“Tapi… Macam mana?” – AINNURA

Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. Yeah… Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan. Beberapa tahun berlalu, walaupun sangat berjaya dalam kerjaya, perasaan Faith tetap kosong dan beku. Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat sijandanya…

“Orang rindu Ain sangat…” – FAITH

“Rindu kita… Rindu terlarang!” – AINNURA
Bersatu semula, sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan, bukanlah satu rancangan yang bijak untuk mencari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah, Reza Dato Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk meraih semula cinta Ainnura. Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan.





baca novel



follow admya di facebook
nanti admya update lagi ye

Comments