join admya di FB

Drama Sehangat Asmara lagi novel Aisha Sofea ke drama




Assalammualaikum,

Demam novel Aisha Sofea kembali...
Lagi novel Aisha Sofea ke drama.
Novel Sehangat Asmara akan ke kaca tv anda tidak lama lagi.
Tayangan dijangka 7 Januari 2013
Jumlah episode: 30 episode.
Channel -  Astro Mustika HD...

Sinopsis:
Tagline novel:" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "





Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.

Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.

Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...
Koleksi Lagu tema Sehangat asmara

Para pelakon:
Adi putra- Zainal Arief (Nal)
Rita Rudaini - Karmila  (Kay)
Shah Jazle - Azman
Amar Baharin - Rudy(roomate Nal di Uni)
Dian P.Ramlee - mama Kay




update:watak Azman akan dibawa oleh Shah jazle.











Zainal dan Kamila Najwa study di Sydney

pertemuan pertama zainal dengan Kay

penyatuan semula 2 hati




scene yang dinantikan - 1st time Kay pakai baju kurung


Kay dan BFF Mimie


Gambar thanks to Rita Rudaini dan Adi Putra


Macamana, gandingan Rita Rudaini dengan Adi Putra?
Korang rasa drama ni mampu tak menandingi kehebatan Adam dan Hawa?
Tengah tunggu drama Jauh-lakonan Adi Putra dan Fouziah Ghous,Alzana

Babak mana yang paling korang nantikan dalam drama SA?.Kongsikan di sini.

Download Sehangat Asmara

Adi Putra

Comments

  1. adam dan hawa tetap dihati..hehe
    go..go adam mukhriz aka aaron aziz

    ReplyDelete
  2. banyak2 karya aisya sofea. saya paling suka yg ni..

    ReplyDelete
  3. saya rasa la kan.. sepatutnya setiap cerita aisya sofia patut gunakan pelakon yang lain2. baru tak clash. itu yang saya rasa la... adi putra bukan dah jadi hero jauh ke??.. ish.. mungkin dalam kepala ni adam dan hawa no.1.. tak buleh nilai dah citer lain.. hahahahah.. open mind.. open mind... heheheheh...

    ReplyDelete
  4. ahaahha....
    da tau da cerita dia dari awal hingga akhir....
    tp rita n adi mcm tak menyengat jew...huhuh~ nak pelakon baru boleeeee????? heheheheheheheh~

    ReplyDelete
  5. Adam n hawa masih ttp no 1 di hati... Watak Kay utk rita tu mcm ok. Tp klu adi putra tu mcm kureng sikit. Kita da ketandusan pelakon lelaki yg ada aura ke? Apa kata kite cuba bg watak Zainal Arief tu pada Beto. Mmg dia kurang encem tp lakonannya hebat n ada aura...itu pendapat sya...hehehe

    ReplyDelete
  6. saya sgt setuju dgn pemilihan pelakon di atas...sgt sesuai dgn watak spt yg d gambarkn d dlm novel..mmg kena sgt la...klu kta baca novel 2 & dpt mmbayangkn watak 2 spt pelakon d cadangkan mmg sgt menarik & tertarik...

    ReplyDelete
  7. adam hawa tetap di hati saya...no 1...hope
    ader drama/filem yg akan digandingkan aaron n nadiya nissa lagi...if drama yg bakal ditayangkan sperti diatas...ok kot ..mgkin kita boleh tgk dulu cm ner gandingan rita n adiputra..klu hero ditukarkan to Fahrin ok gak...bgi pendapat saya la ek?hehehehe...

    ReplyDelete
  8. adam dan hawa ttp no 1 dihati....bg sya klau pelakon lelaki drama sehangat asmara nie,kat amar bahrin n beto pom oke....suke lakonan diorang....pndapat sy lah,adam n hawa.....sgt suka lakonan aaron aziz n nadiya nissa....arap ade lagi drama/filem gandingan diorang.....

    ReplyDelete
  9. seromantik mcm drama adamhawa ker?heheheh....

    ReplyDelete
  10. hye sy mmg hntu novel sy suggest novel ''sepupuku suamiku'' jdikan drama..best glew citer nh,,walaup0n tjok dye agk kelakar tp bnyk mksod dan feel dlm cerita ini..sy suggest heroin dye adalah Izara aishah and hero nyew shaz jaszle...try lew"))

    ReplyDelete
  11. Ceta nie takde untuk di download ke... pls

    ReplyDelete
  12. Bila dah tengok...dua pelakon ni sesuai.. Harus dilihat dari segi lakonan dan jalan cerita. Oleh itu pilihan pelakon2 ini bertepatan. Adi Putra kacak dan macho berganding dgn Rita yang cantik dan manis...
    Beto memang tidak dinafikan lakonan dia bagus tapi dia kelihatan terlalu muda untuk digandingkan dgn Rita, mungkin dgn pelakon yang lebih muda sesuai. Cuma cerita ini slot lebih kepada bila mereka telah berkerjaya dan berkeluarga..So kena cari yg berwajah matang dan korporat. Cerita ini lebih serius dari Adam dan Hawa. Secara jujurnya cerita ini mempunyai kekuatannya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sangat.... Mmg mantap lakonan adi putra dan rita. Nmpk natural lahhh

      Delete
  13. Novel SA mmg best so dramanye pun sangat menarik ditambah pelakon llkinye yg hebat,adi putra lakonnnye lebih bagus dr AA sbnrnye,RR pun plakon wanita yg bagus dn brpngalamn,ckp pasal beto khusyairi mmg x dinafikan dia salah sorg plakon llaki yg hebat skrg,walau x stmpn AA tp dia sangat brbakat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt setuju. Gandingan ADP n RR memang berkesan dlm drama ni. Tambahan lgi dgn story line yg best. Suka bila masa Nal ngan Kay kat australia. Lepas dorg nikah tu lgi sweet moment.

      Delete
  14. nanti tlg listkan lagu yang ada dlm drama sehangat asmara yer .. TQ

    ReplyDelete
  15. pd pendapat saya Rita ok tpi Adi perlu perbaiki lg..lbh romantik lg..mata dia mngancam oo..crita ni sya suke jga tpi Adam dan Hawa lbh suspen...

    ReplyDelete
  16. tak dapat nak ikuti citer ni. tak dapat la nak ikuti citer ni. Adam dan Hawa la yg saya suka tgok.

    ReplyDelete
  17. sangat bestlah cerita nie,siap nngis lagi tgok..sya rasa jalan cerita nie lebih mnarik dari ADAM DAN HAWA lh..lebih mnyntuh hati, dan ada klainan dr drma yg lain...i suka sngtlah SEHANGAT ASMARA...adi & rita pon bst..

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq