Drama Slot Akasia: Cinta Buat Emelda


Cinta Buat Emelda
Slot: Akasia
Jumlah episode: 24
Hari Siaran: isnin- khamis
Pelakon: Almy Nadia,Fizo Omar, Erry Putra,Nurely Ramli,Mustapha Kamal, Aida Khalida, Rebecca Nur Islam, Diana Amir,Amran Ismail, Azrel Ismail

Bagi sesiapa yang tak sempat tengok  ketika drama ditayangkan meh kita tonton online:

Episode akhir CBE - Jangan klik kalau suka suspen :)

Sinopsis:
Emelda terpaksa berkorban demi kakak kembarnya yang dah meninggal akibar barah hati. Emilia telah meninggalkan seorang anak  nama Dania (dilakonkan oleh adik Mia Sara Nasuha) .Selama tujuh tahun Emelda menjaga Dania sebelum kekasih kakaknya hadir untuk bertanggungjawab.Rupanya Emilia ni dulu telah mengandung atas perbuatan seorang lelaki, nama Aril Fatah. Lelaki tu kemudian datang untuk menebus segala kesalahan dan dosa dia yg lampau dan mahu bertanggungjawab terhadap Emira dan anaknya.
Dia mahu berkahwin dengan Emira tetapi dia tak tahu yang Emira dah meninggal dunia. Emelda menyamar jadi kakaknya demi anak kakaknya tu.
Sampai bilakah Emelda akan terus menyembunyikan rahsia itu, dan apa reaksi Aril Fatah kalau dia tahu siapa Emelda yang sebenarnya, bukan wanita yang dicintainya selama ini.
Dalam novel Maliki ialah lelaki yang menaruh hati kepada Emelda, adakah Maliki akan berusaha juga untuk merampas Emelda dari Aril Fatah? 
Emelda terpksa berkahwin dgn Aril bukan sebab cinta pada lelaki itu, bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta?
Saksikan Cinta Buat Emelda 27 Mac di tv3. 

Sinopsis Novel Kasih antara Kita- klik untuk baca:
Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!” 



                                 mia sara sebagai  Dania



Pelakon yang pasti popular lepas Cinta Buat Emelda : Amran Ismail - Emeriz
suka tengok emeriz dengan dania

Azrel  Ismail aka  Hakimi(muka ada iras remy ishak)


 saat bahagia




Bila kebenaran terbongkar,bagaimana dengan nasib Emelda? mesti sedih bila tengok babak nie

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...