join admya di FB

Episode akhir Cinta Buat Emelda



Tinggal lebih kurang dua minggu lagi Cinta Buat Emelda akan sampai ke penghujung..Bagi mereka dah baca novel,of course dah tahu apa ending dia.Oleh kerana terjemahan CBE ke drama nampak sama hebat dengan karya asal,pastinya episode akhir CBE ditunggu-tunggu peminat. May be episode akhir akan berbeza sedikit daripada karya asal..


Cinta Buat emelda episode akhir drama


Preview ni berdasarkan karya asal novel.


Oleh kerana rasa cemburu yang melampau pada Emelda, apatah lagi Nazri meminta haknya bersama Mira dan Aril bersetuju dengan permintaan Nazri.Aril Fatah juga menghalau emelda.Akhirnya,Emelda meninggalkan Dania dan Aril Fatah.


Aril Fatah buntu. Mencari Emelda bukan satu pencarian yang mudah. Akhirnya dia berjumpa adiknya, Nazihah. Barulah dia mengetahui bahawa Emelda membawa diri ke San Francisco.

Untuk menjejaki Emelda, dia takut. Takut kalau Emelda terus lari darinya. Takut kalau terus kehilangan Emelda. Selebihnya dia malu. Malu pada wanita yang bernama Emelda.

Kedatangan Nazri mengusutkan lagi keadaan. Nazri datang menuntut haknya walaupun dia tahu Dania itu bukanlah darah dagingnya, namun, dia perlukan Dania untuk menebus kesalahannya kepada Emira. Aril Fatah enggan memberikannya kepada Nazri lalu berlakulah pertengkaran antara mereka.

Dalam keributan, muncul Emelda dengan langkah longlai, dan menyerahkan keputusan DNA Dania  kepada Aril Fatah. Maka terbuktilah bahawa Aril Fatah adalah ayah kepada kembar itu. Dan Nazri berlalu dengan rasa kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian.

Dengan seribu penyesalan, Aril Fatah memohon kemaafan dari Emelda. Dan Emelda dengan rela hati telah memaafkannya. Tetapi tidak mahu menerima Aril Fatah dalam hidupnya lagi.
Emelda tidak mahukan dirinya lagi.

Di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka, Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda.


Happy ending..(^_^)

Comments

  1. iman singgah sini dan follow tuan blog..siyes kite memang suka layan cite CBE ini..rase mahu nagis je...bile part sedey=(

    ReplyDelete
  2. siggah cnie hope cte nie happy ending kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang happy ending,tapi sebelum happy kena sedih dulu

      Delete
  3. suke tgok drama ni.. mmg follow dari awal smpai akhir.. xsabar nk tgok endingnye ari ni...

    singgah sini n follow blog kite erk.. :)

    ReplyDelete
  4. haizz..x sabaw nk tengok final nieyy..hehe, thanks dear coz bgi hints skit..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq