join admya di FB

Trilogi Cinta tv1- Episod terakhir



Tajuk: Trilogi Cinta
Jumlah episod: 40
Channel Siaran: TV1
Penulis Skrip: Sharifah Abu Salem
Masa Siaran: 10 malam
Waktu Siaran: Ahad- Selasa
Terbitan: Suhan Movies
Berdasarkan 3 novel karya Sharifah Abu Salem:
  1. Tak Seindah Mimpi
  2. Tak Semanis Impian
  3. Tiada Lagi Mimpi
Tagline: Salah di mata kalau tak nampak,salah tafsiran kalau tidak dinilai

Rating Penonton: 1.5 juta

Synopsis

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir.


        Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.


         Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
         Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

Pelakon:

  • Rosyam Noor   - Razif
  • Fouziah Ghous - Norjinah
  • Amyza Adnan  - Salmi
  • Siti Fazurina    - Seha
  • Mak Wan        - Mak Nab
  • Yus Waisar     - Badrul
  • Aida Khalida   - mak Razif

Para Pelakon Trilogi Cinta
Download Lagu Tema Trilogi Cinta

1) Melakar Rindu- Julfeqar feat The Stringers
2) Melakar Rindu- Jeslina Hashim
3) Tanpamu - CTKD
4) Dalam Diam - CTKD
5) Masih Di Sini- Niskala
6) Lafazkanlah- Rahayudean
7) Langkahku - Rifhan
8) Gelisah- Nora
9) Mungkin Ada Lagi- Han
10) Niskala- Terbiasa
11) Niskala- Wanita







"Saya harap pembaca tak demand untuk melihat bulat-bulat seperti dalam novel. Hanya 80 peratus akan sama dan selebihnya kami adunkan mengikut kesesuaian keadaan. Untuk menulis memang senang contohnya kapal terbang itu terhempas, namun untuk gambarkan dalam bentuk visual memang sukar.
 - Rosyam Noor








Update episode
Episod 17
Norjinah kembali ke rumah razif.Salmi menyatakan hasratnya untuk melihat norjinah berkahwin dengan razif..Namun norjinah menolak.Norjinah mahu segera keluar dari rumah razif namun gagal kerana tidak sampai hati meninggalkan anak-anak2 razif.Salmi memberitahu hasratnya supaya Razif mengahwini Norjinah.

episode 18
Norjinah bersetuju untuk berkahwin dengan razif kerana dalam diam dia juga mencintai Razif.Lalu,norjinah dan Razif pulang ke kampung untuk memberitahu hal perkahwinan mereka kepada emak norjinah..Ternyata emak norjinah dan seha terkejut dengan perkhabaran perkahwinan mereka.

episode 26
Norjinah dan Razif telah berkahwin.Salmi mula cemburu akan keintiman suami dan madunya.Di Kampung,Seha tidak tahan lagi akan hinaan org kampung terhadap kakaknya.Norjinah mula bekerja di syarikat Razif.

Episod 27:
Seha kini tinggal bersama Razif dan Norjinah..Seha cemburu dengan kakaknya kerana berjaya menambat hati Razif yang kacak lagi berharta..Lalu Seha mengambil peluang untuk bekerja di Syarikat Razif dan mencuba segala cara untuk menggoda Razif.Namun, Razif tidak semudah yang disangka...Cintanya pada Norjinah semakin mendalam apatah lagi jie kini disahkan mengandung.

Episod 30:
Jinah akan mennyambung pelajarannya.Ini membuatkan Razif risau tentang Seha. Berlainan pula dengan Seha,beliau anggap apabila jie melanjutkan pelajaran,ini bermakna peluang untuk memikat Razif semakin luas.


Episod akhir-ep 40

Norjinah menjadi lumpuh dan memaksa Razif mengahwini Seha,walaupun Seha telah mengahwini Badrul.Keadaan Jie dan kebengangan  atas perbuatan Seha menyebabkan Razif terus membenci Seha.Seha cuba untuk meminta maaf,namun tidak diterima oleh dan Jie dan Razif.Pada masa yang sama, Badrul berjaya membuka hati Seha untuk menerimanya sebagai suami. Keadaan Sharul bertambah tenat akibat penyakit HIV yang dideritai.Shahrul memulangkan semua harta kepada Badrul dan Razif dan memohon Seha memaafkannya dan meninggal dunia di sisi Badrul.Akhirnya Jie sembuh dan memaafkan Seha dan hidup bahagia di samping Razif dan tiga anak mereka.Seha juga bahagia dan bersyukur mendapat suami sebaik Badrul.
Tamat.Happy ending :)

Lagi menarik:- 


  

Comments

  1. saya takda koleksi lagu-lagu tersebut
    jadi kena download sendiri
    takpe saya cuba cari link dia ok

    ReplyDelete
  2. camne nk download lagu niskala-terbiasa ue...sye carik x jmpe2...lenguh dah...tlg bg linknya scpt mngkin ye...

    ReplyDelete
  3. flower grape

    linklagu niskala dah corrupted...
    nanti kalau dah ada yang baru saya bgtau

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq