Drama Doa yang Terlindung kini menjadi bualan!Mari kita kenali watak-watak dalam drama ini.
Watak:
Firdaus Karim:
Ustaz Irfan- Luaran nampak naif, tapi hati macam iblis- netizen
- Suami kepada Rabiatul
- pendakwah terkenal dan ikon agama di media sosial
- pengajar utama di Baitul Khadijah
- mempunyai ramai peminat dan menjadi pujaan wanita di Baitul Khadijah
- didakwa kerana merogol Anisah
- menyalahguna kuasa dan menggelapkan duit Baitu Khadijah.
Rabiatul
- isteri Ustaz Irfan
- isteri yang taat pada suami,
- Naif- sering dibrainwash
- Dia mula rasa curiga akan perbuatan suaminya apabila banyak berita tersebar tentang suaminya.
- Akhirnya Rabiatul melihat sendiri kecurangan suaminya di depan mata
Anisah
- pelajar baru di baitul Khadijah
- telah dirogol oleh Ustaz Irfan namun menyangka Aiman yang merogolnya.
- Dia dicemuh dan diftnah kerana cuba mendakwa Ustaz Irfan
- Dia sering diganggu oleh Syakir untuk menarik balik kes
- Anisah mengandung dan membesarkan anak lelaki yang bernama Haikal itu sendirian
- Adakah Ustaz yang cuba merampas Haikal dari Anisah?
Nafiz Muaz
Aiman
- pengajar baru di Baitul Khadijah
- rapat dengan Anisah sebab jatuh hati padanya.
- orang yang membantu Anisah membawa kes ke pengadilan
Ahmad syafiq
Syakir
- PA Ustaz Irfan
- Pada awalnya menjadi orang kepercayaan Ustaz namun akhirnya disingkirkan
- Dia cuba segala cara untuk memujuk Anisah menarik balik kes supaya dia tidak terkait sama kerana dia satu-satunya saksi.
Tuan Haji Mohsin
- Bapa Rabiatul
- Pengasas Baitul Khadijah
- mula mengesyaki ada yang tak kena di Baitu Khadijah
- Berpakat dengan Rabiatul untuk membongkar
Sharifah Husna
Aisha
- Peguam dan social aktivis yang membantu Anisah untuk mendakwa Ustaz Irfan
- Individu yang menasihati Rabiatul untuk berani mengambil tindakan.








Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq