join admya di FB

THARIQ RIDZUWAN: HIS TREASURE






THARIQ RIDZUWAN: HIS TREASURE

Permulaan Adaptasi drama ni penuh liku. Peminat novel yang tidak menyetujui novel ni diadaptasi.Namun mereka tetap memberi sokongan. Tup tap, pengarah drama Eyra Rahman mengkritik bahawa drama ini sukar direalisasi, penulis novel hanya bangun tido dan tulis novel!

Ia melonjakkan kemarahan peminat novel dan mereka membalas bahawa pengarah tidak menghormati karya dan drama ni tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Pape pun drama adaptasi novel ni sangat ditunggu kerana ada Vibe drama Korea DOTS.

"Tapi abang tak sihat.."

- Hunisya Radwa

"Sekalipun abang nazak, abang akan tetap suap sayang. Kalau itu mampu buat sayang tersenyum.."

- Thariq Ridzuwan

"Kebaikan apa yang Radwa buat sampai Allah hadiahkan suami sebaik abang?" 

- Husniya Radwa

Penulis : Nurul Huda Najwa Hazemi 

Sinopsis - 

Thariq Ridzuwan, seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah.

Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.

Husniya Radwa, gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat.

Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.

“I wish I could tell someone the whole story of why I am the way I am”- Husniya Radwa.

Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya. 

“Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can’t promise to fix all your problem. But I can promise you won’t face them all alone.”- Thariq Ridzuwan.

Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan.

Mampukah Thariq melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan.







Dibintangi oleh Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique dan ramai lagi

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq