Selepas kejayaan Aku Bukan Ustazah
Mereka kembali. Nantikan 10 Mei ini
DIHERET KE KANCAH PENDERITAAN, ERYSHA EMYRA HADAPI UJIAN TERBERAT
Sekuel Yang Dinanti-Nantikan, Aku Bukan Ustazah 2 Sedia Gantikan ‘Keluarga Itu’
Sinopsis:
Apabila hidup terus diuji tanpa henti, adakah masih ada harapan yang mampu menyuluh kegelapan?
Musim baharu Aku Bukan Ustazah menyaksikan kembalinya watak-watak yang pernah menjadi bualan penonton iaitu Aminah, Adam, dan Omar, yang bakal meneruskan kehidupan mereka dalam memahami erti kasih sayang, pengorbanan, dan dendam.
Drama 35 episod ini menjanjikan kisah yang lebih berat dan emosional berbanding musim terdahulu. Penonton akan dibawa menyelami dimensi baharu kehidupan Aminah yang menyentuh isu kesihatan mental, cinta, dan kekeluargaan yang tidak pernah pudar.
Dengan barisan pelakon utama Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan Haneesya Hanee kembali menggalas watak masing-masing, penonton disarankan bersedia untuk sebuah perjalanan yang penuh kejutan serta ledakan emosi yang tak terduga.
Aku Bukan Ustazah 2 membuka tirai dengan kebahagiaan Aminah (Erysha Emyra) dan Adam (MK K-Clique) bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua.
Namun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila Omar (Zahiril Adzim) muncul semula, menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya.
Adakah kembalinya Omar dengan niat yang tulus, atau terselit agenda jahat di sebalik tutur katanya yang manis?
Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri. Di saat dia hampir rebah, muncul pula seorang Dr. Syafiq (Nabil Aqil), yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan.
Erysha turut berkongsi:
“Musim kali ini jauh lebih berat berbanding sebelumnya kerana anda akan melihat sisi Aminah yang penuh cabaran dan ujian. Penggambaran sangat mencabar kerana banyak adegan yang perlukan saya untuk menangis. Jadi saya harap penonton dapat rasa setiap yang terpendam dalam diri Aminah dan memahami betapa dalamnya luka yang dia tanggung.”
Saksikan perjalanan mereka dalam Aku Bukan Ustazah 2, bermula 10 Mei 2025, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam, hanya di TV3. Jika tak sabar nak tengok episod awal, strim saja di tonton , tayang 24 jam lebih awal dari kaca tv.
Pelakon :
Erysha Emyra sebagai Aminah
MK K-Clique sebagai Adam
Zahiril Adzim sebagai Omar
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq