Serial Gadis Kretek langsung menjadi trending di media sosial, di hari perdana penayangannya di Netflix, pada Kamis (2/11/2023) lalu. Banyak netizen membicarakan kisah asmara Soeraja (Ario Bayu) dan Dasiyah atau Jeng Yah (Dian Sastrowardoyo) yang menjadi salah satu topik di serial ini.
Walau bagaimana sekeras mana pun dia, Jeng Yah tetap lemah apabila bertarung dengan cinta hatinya, Raja.
Saya benar-benar harap dia tampar sahaja si Raja, si oportunis , ketika bertemu di stesen keretapi setelah bertahun sebelumnya dibaling botol kaca.
Kerana apa?
Kerana Raja mengkhianati cintanya, mengahwini perempuan lain merangkap anak bosnya, beranak-pinak pula. Tidak cukup dengan itu, Raja meniru pula resepi rokok Gadis Kretek milik Jeng Yah.
Tetapi Jeng Yah tumpas, dia hanya pukul-pukul manja si Raja, sempat pula bercumbu-cumbuan di belakang bilik apabila dipujuk. Barangkali terlalu rindu sudah bertahun tidak berjumpa. 😆
Apa pun, siri ini hampir sempurna. Dari dialog, lakonan, sinematografi, muzik latar dan runut bunyi. Keseluruhan siri ada lima episod. Dalam 5 jam habis menonton.
Dian kadangkala tidak perlu berkata apa pun, cukup dengan dia menghela nafas, menelan air liur, menjeling, senyum, untuk melakonkan babak-babak tertentu.
Kalau kalian adalah generasi yang mula menonton filem Indonesia gara-gara Ada Apa dengan Cinta lakonan Dian pada tahun 2000an dulu, yang jatuh cinta dengan bacaan puisi Cinta, anda pasti suka filem ini. Ini kerana Dian ada membaca naratif, membaca suratnya dalam siri ini, seolah-olah beliau membaca puisi juga. Sangat indah bahasanya. Ini kata-kata Jeng Yah (versi asal bahasa Indonesia) di episod 1 ketika melihat Raja kali pertama di pasar:
"Tatapan sepasang mata itu sungguh berbeda,
Saya terbiasa dipandang sebelah mata oleh laki-laki,
tapi tatapannya melihat kebebasan dalam diri saya"
Saya beri 9/10.
(Siri yang sedang sohor kini di Netflix ini tidak sesuai ditonton kanak-kanak kerana ada adegan dewasa. )
Ending
Pada tahun 2001, Soeraja baru mengetahui alasan Jeng Yah tak menemuinya di stasiun Kota M, yakni karena sakit kemudian meninggal dunia. Kepada Arum (Putri Marino), anak Jeng Yah, Soeraja meminta dihantar bertemu dengan kekasihnya di masa lalu. Soeraja langsung menitiskan air mata, sambil memeluk nisan bertuliskan Dasiyah.
Tak lama impian terakhirnya terpenuhi, bertemu dengan Jeng Yah, Soeraja menghembuskan nafas terakhir. Ia bak menutup matanya dengan tenang, karena sudah tahu keberadaan Jeng Yah, sekaligus bisa meminta maaf langsung atas apa yang telah ia lakukan.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq