join admya di FB

Drama Luruhnya Bunga Cinta ( Adaptasi Autumn In My Heart)

 



Jangan terkejut bila Luruhnya Bunga Cinta telah tamat hingga 20 episode. Musim kedua Akan kembali. Adakah Nuh Dan Nuha bertemu semula?

  • Episod: 40
  • Tarikh Tayangan: 19 September 2023
  • Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3
Sinopsis drama:
Kisah bermula semasa kecil apabila Nuh secara tidak sengaja tertukar kad nama adiknya dengan bayi yang lain.Nuh dan Nuha membesar bersama tanpa menyedari hakikat sebenar. Nuha sangat popular di sekolah dan ini menimbulkan iri hati pada Aara rakan sekelasnya yang pandai tapi jarang mendapat perhatian guru dan rakan sekelasnya. Satu hari, Nuha mengalami kemalangan dan menyebabkan pemindahan darah diperlukan. Ketika ini status sebenar Nuha terbongkar yang Nuha dan Nuh bukan adik beradik kandung,malah Nuh terkejut Aara adalah adik kandungnya. Aara tidak menyangka kehidupan Nuha yang beruntung kini menjadi miliknya. 
Nuha terpaksa berpisah dan hidup sederhana dengan keluarga kandungnya. 
Setelah beberapa tahun, Nuha berjumpa kembali dengan abang kesayangannya Nuh.

Para Pelakon:

Redza Rosli sebagai Nuh
Penulis yang berbakat, jejaka sopan dan rendah diri. Seorang abang yang penyayang dan sabar kepada Aara.
Tracie Sinidol sebagai Nuha Hamisy
Gadis lembut dan bijak Serta sentiasa membantu orang lain. Sifatnya membuatkan ramai yang tertarik dan Aara iri hati. Menyedari dia bukan anak kandung keluarga angkatnya, Nuha membesar dengan keluarga kandung yang sederhana dan bekerja di sebuah resort.
Nabila Razali sebagai Sarah
Sara seorang yang berdikari, peramah & friendly. Oleh kerana kisah silam ibubapanya, Sara takut untuk jatuh cinta dan lebih suka berkawan dari terikat dengan sebarang hubungan.
                                            

                                                                   Auni Yusri sebagai Aara

Aara adik kandung  Nuh. Sentiasa iri hati pada Nuha sejak kecil.


                                                              Aniq Durar- Awal
    Anak manja,sombong dan hidup carefree life di Resort milik Tan Sri. Awal berubah bila mengenali Nuha -seorang pekerja resort.
  • Iman Suhana sebagai Khalsom
  • Bella Hanna
  • Shah Rezza
  • Laila Nasir
  • Eizlan Yusof
  • Zila Bakarin
  • Watie Sadali
  • Raja Azmi 
  • Hafiz Halim





LBC 2

Comments