join admya di FB

Samarinda: Aku Yang Kau Sakiti

 

Akan ku genggam luka! Mampukah amarah berjaya menghapuskan dendam yang disemat sejak sekian lama? Atau itu hanya mimpi buruk Amanda?

▶️ #AkuYangKauSakiti -> Mulai 1 Ogos -> Isnin-Khamis -> 10malam di TV3!
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amanda (Rita Nadira) iaitu seorang anak yatim piatu. Dia kemudiannya telah dijaga oleh Tuan Zaki (Zamarul Hisyam) iaitu bapa Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki telah melayan Amanda seperti anaknya sendiri. 

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella. 

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang. 

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Para pelakon:
Rita Nadira
Redza Rosli
Fify Azmi
Syazwan Zulkifly
Natasha Mahyan
Zamarul Hisham
Aleeza Shadan
Jasmin Hamid






Comments