join admya di FB

Samarinda: Obsesi Dia( Adaptasi Novel The Witness)

 


Kisah seorang wanita tersepit dalam merahsiakan kes pembunuhan bersiri yang disaksikannya.Sejak insiden itu, Afiya mula dijejaki susuk misteri. Ketika cuba meluahkan kebenaran satu per satu lenyap kerana obsesi dia...
Drama dibintangi Sophia Albarakbah, Zahiril Adzim, Zaki Azeman, Ashraf Muslim, Fify Azmi dan Jay Iswazir ini diterbitkan sebanyak 15 episod.

Sinopsis:
Ulang tahun ke-18 Affiyah bertukar tragedi apabila dia secara tidak sengaja menyaksikan pembunuhan yang kejam. Takut menjadi mangsa seterusnya, Affiyah yang diugut oleh pembunuh berjaket hud telah berjanji untuk merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain. 

Affiyah yang ketakutan telah didesak oleh ibunya untuk menceritakan tentang peristiwa yang disaksikannya. Akhirnya, Affiyah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad untuk membuat laporan polis. Hal ini sampai ke pengetahuan pembunuh berjaket hud itu dan telah menaikkan api kemarahannya dan bertindak untuk membunuh ibu Affiyah.

Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu. Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu. Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan? 


Watak Pelakon
Sophia AlBarakbah sebagai Affiyah / Alliyah
Zaki Azeman sebagai Zacky
Ashraf Muslim sebagai Rizq
Fify Azmi sebagai Adelia Sofei
Alif Hadi sebagai Adam
Razman Mahayuddin sebagai Amir
Anies Hann sebagai Nura
Kak Girl sebagai Susan
Anne Abdullah sebagai Puan Leia
Natasya Mahyan sebagai Dr Flora







novel the witness


Comments