Filem pecah panggung tahun ini.
IMAGINUR : SEBUAH VISUALISASI ANUGERAH YANG DILUPAI.
“Syukur wahai Tuhan, hari ini aku mampu mengingati peristiwa semalam”
Kecil. Terselindung. Mungkin kerana itu kita kadang-kadang sering terlupa akan nikmat yang kita alami setiap hari iaitu nikmat mampu dan boleh mengingat peristiwa dari hari ke hari. Kita mungkin tidak menyedarinya namun harus kita sedar bahawa dengan ingatan kita kenal orang yang kita sayang.
Dengan ingatan banyak perkara manis yang kita lalui sepanjang hidup.
Dengan ingatan kita mampu menjadikan perkara buruk sebagai pengalaman untuk berwaspada.
Mungkin masih ramai yang membaca penulisan ini masih belum menonton filem Imaginur akan tetapi itulah yang diketengahkan dalam filem ini iaitu ingat.
Apa kata bila bangun pada keesokan paginya kita tiada ingatan berkenaan apa yang kita lakukan pada hari sebelumnya. Pelik dan janggal bukan? Kerana yang menjadikan hidup kita berseri adalah kenangan semalam.
Imaginur membawa penonton sekalian menelusuri setiap bibit bibit kehidupan seseorang yang ditarik akan ingatannya. Mata yang kosong. Jiwa yang gelisah. Hanya mampu bertanya siapa engkau dan siapa engkau.
“Dan Tuhan, sekiranya esok aku tiada ingat akan perkara hari ini dan sebelumnya, aku mohon agar Engkau kekalkan aku dalam ingatan orang orang yang aku sayang dan temukanlah kami kembali di Syurga nanti…”
IMAGINUR – DI PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA SEKARANG.
Sinopsis:
Mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal bersama seorang gadis cantik bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpi Zuhal.
Pada satu hari Zuhal terlibat dalam kemalangan sewaktu cuba mengejar wanita yang pernah dilihatnya di dalam mimpi. Usai sedar Zuhal berada di sebuah hospital di sisi bapanya yang menghidap Alzheimer. Di situ dia telah diberi cadangan untuk bertemu dengan seorang pakar hipnosis untuk merawat masalah yang dialaminya.
Ketika ke pasar raya bersama bapanya untuk membeli barang, Zuhal terserempak bekas teman wanitanya yang kini menjadi tunangan orang.
Saat dia berkonfrontasi dengan bekas teman wanitanya, dalam dia tidak sedar bapanya telah hilang. Zuhal telah pulang ke rumah tanpa bapanya di sisi sehinggalah disedarkan oleh adiknya iaitu Isma.
Menyedari hidupnya makin kusut dengan situasi yang berlaku, Zuhal nekad bertemu pakar hipnosis di sebuah pusat bernama Hypnotica milik Dr Ramli.
Selepas bertemu Dr Ramli, Zuhal seakan tidak percaya dengan penerangan Dr Ramli yang agak mengelirukan dan dia rasa seperti telah ditipu oleh 'scammer'. Namun dia tetap meneruskan sesi itu selepas terjumpa kelibat Nur di sana.
Adakah Nur sebenarnya wujud atau hanya imaginasi Zuhal semata-mata yang larut dalam sesi terapi bersama Dr Ramli?
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq