join admya di FB

Megadrama: Jangan Menangis Cinta

 






Karya Siti Rosmizah kembali di TV dengan gandingan Remy Ishak dan Amyra Rosli. Adakah ada peluang kedua? Episode akhir 

Jumlah Ep: 40

Slot: Megadrama/Astro ria

Tarikh Tayangan: Mac 2022

Arahan: Raja Mukhriz

Terbitan: SRONE Sdn Bhd

Sinopsis:

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dengan dia! Kau lagi sanggup pilih dia dari suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dengan talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tidak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dengan erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.











watak dan pelakon:
Remy Ishak sebagai Zafran
Amyra Rosli sebagai Riyana
Halim Radzi sebagai Hariz
Rita Nadira sebagai Dina
Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
Atilia Haron sebagai Amirah
Hawra sebagai Cinta Aryana
Hilal Azman sebagai Pak Nordin.

Hubungan antara Zhafran & Riyana yg tercipta kerana dendam, yg kemudiannya penuh kepura2an. Hingga terlahirnya Cinta Aryana (Cinta). Sayangnya cinta lahir tak sempurna fizikalnya. Lantas dia menjadi subjek kebencian, cacian serta tohmahan. Lebih pilu lg, ibu & nenek Zhafran yg tidak pernah senang dgn Riyana berlebih2 memberi penghinaan. Zhafran juga tidak dpt menerima kekurangan Cinta. Perasaan sayang yg mula timbul dlm dirinya terhadap Riyana akhirnya dinafikan oleh ego & rasa malu, sehinggalah mereka bercerai, dan Riyana serta Cinta dibuang seperti sampah.

Kasih seorang ibu, sanggup berkorban nyawa. Biarpun dihina, Riyana tabah & kuat demi Cinta dan anak yg tidak disedari kewujudannya ketika dia diceraikan.


                                        



Comments