join admya di FB

Filem Penunggang Agama 2



TOP MOVIE SEKARANG!!!
Filem sekual Penunggang Agama. Penunggang Agama 2 adalah kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. 
Apa dah jadi dengan Ustaz Amir sampai dia benci sangat dengan Father Michael?

PENUNGGANG AGAMA 2, Sebuah filem seram thriller arahan Syafiq Yusof Kini Di Pawagam Rumah Anda. Untuk melanggan sila ke saluran 480.


Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. 


Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. 

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi.

Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama 2.

pelakon: Zul Ariffin, Tony Eusoff






Comments