join admya di FB

Filem Penunggang Agama


 Penunggang Agama ialah sebuah filem seram ngeri Malaysia 2021 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Ia mengisahkan pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menyelamatkan keluarga mereka daripada ancaman gangguan makhluk halus.Berdasarkan daripada kisah benar dan pengalaman Syafiq sendiri, filem ini dibintangi oleh Zul AriffinNasir Bilal KhanSabrina Ali dan Azira Shafinaz. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2021 di Astro First.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz), pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria (Sabrina Ali) telah mengalami gangguan makhluk halus.

Dato' Hafsyam (Jalaluddin Hassan), iaitu bapa Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji (Nasir Bilal Khan). Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato' Hafsham pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini?

tonton online













Comments