join admya di FB

CUKUP DERITA ITU DITANGGUHKAN

 


Salam sayang semua,

Siti Rosmizah sebagai penerbit memberitahu, tayangan drama Cukup Derita Itu hanyalah sehingga episod 20 iaitu tayangan terakhir pada 9 Jun 2021 sebelum berehat.

Ini juga diberitahu merupakan musim pertama bagi drama ini. Kemudian akan disambung semula untuk musim kedua yang akan diumumkan kemudian.

Jadi bermula khamis, ini sebagai ganti, drama Love You Mr. Arrogant akan keudara bagi slot Samarinda yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Jadi selepas ini, jika anda ingin tonton semula drama Cukup Derita Itu bermula episod 1 hingga episod 20, anda boleh terus pergi ke laman web iQIYI Malaysia di www.iq.com atau menerusi aplikasi iQIYI Malaysia.

Drama Cukup Derita Itu akan bersiaran untuk 40 episod dengan menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Lia Natalia, Dian P Ramlee, Rosnah Johari, Farhan Asri dan ramai lagi.

Nantikan siri 2 selepas PKP tamat. Selain drama cukup derita itu, dua drama lagi juga turut ditangguhkan kerana PKP. Drama tersebut adalah Hati Yang Dikhianati dan Kekasih Hati Mr Bodyguard

Comments