Sweet! Hana Aralyn di suruh ayahnya untuk mendekati Hadif Akashah. Hadif amat susah didekati dan sangat perahsia. Tapi bila Hadif sudah bersedia untuk beritahu rahsianya, Aralyn sedar bahawa mereka tidak akan dapat bersama. Semua disebabkan oleh keluarganya. Ayahnya punya angkara, mereka sekeluarga menderita. Bolehkah Hadif memaafkan mereka sekeluarga? Bolehkah mereka hidup bersama selepas apa yang terjadi?
- Jumlah episode : 15
- Mula tayangan 19 Mei 2021.
- Produksi: Creative Skill Production
Sinopsis:
Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak.
“Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?” – Hana Aralyn
Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia!
“Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni.” – Hadif Akashah
Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard!
Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan… telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka….
Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya?

WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
Ungku Hariz sebagai Naim
Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
Lisdawati sebagai Puan Latifah
Shasha Abedul sebagai Najwa
Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
Putera Karl sebagai Umar
Ezzanie Jasny sebagai Lola
Munir sebagai Nizam
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq