join admya di FB

Samarinda: Takdir yang Tertulis

 



Salam,
Drama terbaru dari Radius One: Takdir yang tertulis.Plot twist hingga episode akhir. Review drama update EP 15( episode akhir)
Setiap Isnin- Khamis 10 malam.
EPISOD : 15
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One
PELAKON : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan



Lagu tema: Karma by Kaka feat Jaz

Sinopsis:
Azlan dan Juweta berkenalan sejak universiti. Kawan baik mereka adalah Ean dan Ruhila. Selepas beberapa tahun kahwin, rumah tangga mereka dilanda badai.Azlan tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak menghormatinya sebagai suami lalu melafazkan cerai. Juweta yang marah, memecat Azlan yang bekerja di pejabatnya.

Tetapi bukan sahaja lafaz cerai itu mengejutkan, tetapi kehadiran peguam memberi khabar duka kepada Juweta. Juweta bukan sahaja hilang suami, tapi hilang harta yang dimiliki. Kejutan lagi, Ruhila telah berkahwin dengan suaminya 7 tahun lalu. Juweta dikhianati oleh suami dan kawan baiknya sendiri.
Episode semakin menarik, bila kisah silam setiap watak diolah dengan menarik.
Rupanya Mika adalah anak Ruhila. Dia dijaga oleh Juweta dan Azlan selepas Ruhila meroyan selepas bersalin dan Azlan tidak sanggup meninggalkan anak itu di Masjid.Namun, Azlan tidak mengetahui, Mika itu sebenarnya bukan anak kandungnya dengan Ruhila




episode 5
Mika ni bukan anak Azlan, tapi anak Ila dengan Ean


tonton takdir yang tertulis


Admya:
 Thanks kerana setia bersama admin sepanjang 15 episode. Jumpa di lain siri.


\

Comments