join admya di FB

Slot Akasia: Seadanya Aku (Azlee Khairi dan Zara Zya)






Salam semua,

Sape kat sini rindu pada LYMA*Love Your Mr Arrogant atau  hero dia Azlee Khairi dan mahu dia berganding semula bersama Zara Zya.
Hajat korang termakbul gais..sebab mereka akan kembali setelah 6 tahun dalam dramaadaptasi novel: Seadanya Aku.Update ep 25.
Ramai pelakon hebat bakal menghiasi drama ni,antaranya gandingan Isteri Untuk Diiktiraf

Sinopsis:
Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.


“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK

Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu.

Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.

“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

“Abang bukan hak Faye dari mula. Abang hak Wina. Faye tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri.”- AUFIYA

Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi. Tolonglah Aufiya!

“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Faye bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Saat ibu mertuanya tidak menerima dirinya, Zarul sentiasa mempertahankan dirinya. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?








Redza Rosli dan Elvina juga ada



Aufiya dan Wina ( BFF)

                                                            Baik-baik dengan kawan baik..

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26


follow admya di facebook

nanti admya update lagi ye

Comments

  1. woahh... best agak nya nih. Haii.. salam dari Indonesia. Nggak sabar nunggu drama ini di post

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq