Slot Akasia: Shh.. I Love You










Assalammualaikum. 

Tayangan mulai 3/4/2017/.update download ep 28(tamat)
Drama arahan Nizam Zakaria( Di Pintu Syurga)


Pelakon utama: 
 Gambit Saifullah - Kapten Aidan
 Elvina Mohamad - Nur Nadia Omar
 Fikrie Bakar- Along
 Hafreez Adam- Naufal  
 Bella Nazari- Sumairra

OST Shh. I Love You


Sinopsis:
Nur Nadia Omar- Keceriaan luaran tidak dapat menutup kesedihan yang membelenggu hati. Hidupnya penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam. Kesukaran hidupnya diterangi cahaya kebahagian apabila hadir si teruna idaman hati.

Ahmad Aidan Ahmad Abhar - Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara dan menumpukan kerjaya di awan biru.

Disebabkan keadaan Nadia yang menghidap miokarditis(keradangan otot jantung) membuatkan Nadia pendam hasrat hati bercinta. Perkenalan dengan Naufal tidak membuatkan dia gembira apatah lagi Naufal lebih berlagak dengan kemewahan dan kemegahan yang dimilikinya. Nadia mahu lelaki menyayanginya sepenuh hati.

Pertemuan dengan seorang gadis membawa satu perubahan buat dirinya. Mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam?
Percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya,perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga yang dibina mula di landa ujian." Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dan move on?
Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me the truth!"- Nadia.
Nadia mula mekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain, meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

" Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak takkan dapat hidup tanpa saya" -Nadia
" Try me"

Cabaran lelaki itu buat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya? Tetapi, bernarkah haya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?











ep 20- rahsia terbongkar


download :
Maira mengupah Fuad untuk membunuh Nadia, namun dia ditangkap polis lepas Fuad yang berkomplot dengannya melaporkan kepada pihak polis. Along dan Angah ragu-ragu akan cinta Aidan pada Nadia. Namun, Nadia menyangkal dan memberitahu yang mereka bahagia
Ending
Nadia selamat melahirkan bayi walaupun bayi mereka lahir pramatang. Bayi mereka dinamakan Maya.


admya: plot drama ni ada persamaan dengan drama Dejavu

Comments

  1. Cerita plg bosan sy penah tgk... gambit x layak jd hero....

    ReplyDelete
  2. episod 24 x dpt donlod. pls pls...

    ReplyDelete
  3. si Anonymous tu, bosan2 pon awak tetap tengok jugak kan kan kan? apee jeee...

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...