join admya di FB

Kenapa Padam Komen saya?


Assalammualaikum,

Soalan itu diutarakan bila ada comment yang diberikan dipadam.Jika anda perasan, admya ada minta untuk letak nickname apabila komen.

Pastinya ada yang terasa bila admya memadamkan komen mereka di ruangan entri admya@blogspot.

Admya mohon maaf sesangat sebab terpaksa memadam komen korang. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari  comment abuser @ anti fan.Untuk berlaku adil, komen anda yang menggunakan anonymous terpaksa dipadam. Komen dari Comment abuser menyebabkan entri admya menjadi chaos dan pembaca lain dihasut untuk memberi kecaman terhadap artis @drama yang diterbitkan. Bukan tak boleh kritik,tapi biarlah kritikan membina. Bagaimana perasaan anda bila anda diberi kata-kata sebegitu. Kita adalah manusia,tiada yang sempurna. 
Lagi satu, blog ini adalah hak milik admya. Jadi kalau ada yang cuba menceroboh rumah admya,perlukah didiamkan sahaja? Hormati orang lain jika anda mahu dihormati-What you gives, you get back.

Mengapa penting untuk letak nicknames?
a) Untuk admya kenal adakah anda pengunjung setia blog admya Boleh eratkan lagi siraturrahim.
b) Untuk elak comment abuser.
c) Akan hadiah untuk siapa paling banyak beri komen. Jadi,kalau anda letak anonymous, macam mana nak tahu anda selalu bagi komen ye tak? 
Hadiah untuk komen terbanyak


Admya pernah block anonymous daripada memberi komen,namun ramai pulak follower setia yang tidak mempunyai id tidak dapat kongsi pendapat mereka.Oleh itu,admya setting balik comment dan membenarkan semua untuk memberi komen tapi dengan syarat letak nickname atau nama samaran.

Bagaimana nak pilih nickname pada ruangan komen?
a) Beri komen anda.
b)Pada ruangan comment as: Pilih name/url
c) akan keluar
    name
     url
d) letak nama anda pada name,url tu abaikan aje.

e)siap!

Jadi untuk mengekalkan  keharmonian blog ini ada memberi keselesaan pada yang lain, admya mohon dengan sangat bila komen letak nicknames.
Jika tidak- comment secara terbuka akan dikunci kembali.





Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq