join admya di FB

Ending Asal Cinta Jannah(Cerita Asal)


Sinopsis Asal Syurga Tanpa Bidadari/ Cinta Jannah

Puteri Balqis anak pasangan Abdullah dan Sumaiyyah. Balqis adalah gadis yang baik dan bersopan santun. Balqis mempunyai seorang kakak bernama Nur Jannah. Nur Jannah tidak pernah sukakan Balqis kerana dia selalu mendapat yang terbaik. Habis SPM, Balqis hanya terperap di rumah kerana ayahnya tidak izinkannya untuk bekerja.
Bila Balqis dewasa, ayahnya desak untuk berkahwin dengan dengan duda anak dua. Nur Jannah tiba-tiba menyokong cadangan ayahnya. Emak Balqis tidak dapat membantah. Kerana tidak mahu berkahwin dengan duda,Balqis pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Balqis akan sedaya upaya menolak perkahwinan itu walaupun ayahnya menentang keras.

Balqis telah pergi ke Kuala Lumpur dan berniat untuk menumpang di rumah kawannya Zahira. Sampai di lorong yang sunyi, tanpa disedari sebuah motorsikal memerhati Balqis.Balqis telah diragut dan berlaku adegan pergelutan.Balqis telah cedera dan pengsan akibat ditolak oleh peragut. 
Dalam pada masa yang sama,datanglah seorang pemuda membantu. Tengku Izaryl.Lelaki yang terdesak mencari calon isteri kerana mamanya mahu dia berkahwin dengan anak sahabat baik mamanya. Damia gadis yang terlalu kebaratan dan digelar tuala hotel oleh kawan-kawan perniagaanya.
Waktu itu Izaryl lagi runsing dan keluar menenangkan fikiran dan ketika itulah Balqis diragut.Dia menyelamatkan Balqis.Oleh kerana tidak kenal siapa Balqis,Izaryl membawa Balqis pulang ke villanya dan dirawat oleh Dr.Hakim-kawan baiknya..Mama Izaryl terus mendesak kerana tempoh yang diberi hampir tamat. Kerana terlalu terdesak, Izaryl meminta Balqis berkahwin dengannya. Tetapi Balqis menolak keras.Balqis berkemas dan ingin pulang ke kampung. Ketika itulah,Izaryl mereka cerita yang dia memperkosakan Balqis waktu Balqis tidak sedarkan diri.Akhirnya Balqis terpaksa terima lamaran itu.Apatah lagi yang Izaryl mengatakan yang Balqis mungkin akan mengandung.
Ini bukanlah perkahwinan yang diimpikan Balqis. Mereka hanya bercakap bila perlu sahaja. Walaupun begitu, Izaryl pandai memujuk tetapi Balqis tak layan. Mama Izaryl mengamuk bila dia dapat tahu tentang perkahwinan Izaryl.

Pelbagai peristiwa lucu berlaku antara Izaryl dan Balqis. Izaryl telah meminta Balqis datang memohon kerja.Izaryl kata jawatannya adalah pegawai biasa. Alangkah terkejutnya Balqis,rupa-rupanya Izaryl CEO syarikat gergasi. Syarikat milik Izaryl sendiri. Balqis telah diterima sebagai setiausaha Izaryl. Tiada siapa pun tahu yang mereka adalah suami isteri. Mereka berdua berlakon seolah-olah tiada hubungan.Rakan sepejabat Balqis, Wanda selalu memerhatikan mereka. Dia syak yang Balqis dan Izaryl ada hubungan sulit. 
Masa berlalu,cinta pun berputik di hati.Rumah tangga mereka aman hinggalah Mama Izaryl datang menggangu.Hampir setahun berkahwin,mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.Mama Aryl mengatakan Balqis mandul. 

Sedangkan dia baru 2 bulan menjalani kehidupan sebagai suami isteri.Akhirnya Balqis mengalah. Dia tidak mahu Aryl digelar anak derhaka.Balqis pujuk Izaryl untuk terima Damia.Izaryl tidak bersetuju.Baginya isterinya hanya Balqis.Keadaan semakin mendesak. Balqis mengambil keputusan mengundur diri. Pada subuh ulang tahun perkahwinannya yang pertama, Balqis telah keluar dari villa dan pulang ke kampung.
Di Kampung pula, ayahnya masih marah padanya. Hanya emak yang memahami. Beberapa minggu di kampung,Balqis mula muntah-muntah. Emaknya tahu yang Balqis mengandung. Ayahnya yang mendapat tahu berita tersebut mengamuk lagi.Ayahnya ingat dia hamil anak luar nikah. Emaknya percaya yang Balqis bukan gadis seperti itu.Balqis tidak percaya yang dia mengandung hinggalah doktor mengesahkannya.

Balqis yang sangat gembira tentang berita itu,pulang ke villa. Namun sia-sia bila mana malam itu adalah perkahwinan Aryl dan Damia..Izaryl telah terima Damia kerana sakit hati dan marah dengan tindakan Balqis
meninggalkannya tanpa pesan. Dengan hati yang kecewa dia melangkah kaki tanpa arah tujuan. Waktu inilah dia ditemukan dengan wanita yang baik hati yang dipanggil Bonda. Atas jasa baik Bonda, Balqis tinggal dengan Bonda dan melahirkan anak.

4 TAHUN kemudian.
Balqis dan Izaryl bertemu kembali di sebuah tadika. Balqis dapat tahu yang Izaryl dan Damia tidak pernah berkahwin. Perkahwinan mereka tidak pernah terjadi. Jadi untuk siapa dia bazirkan masanya empat tahun itu?

sinopsis dari penulis skrip Norhidayu
Admya- 

  • Kisah ini bukan adaptasi novel.Memang asalnya adalah skrip
  • Kisah culik2 bayi Pakcik Razak takde pun dalam skrip. Buang masa aje. Sampai sekarang admya tak paham motip kisah bayi yang diculik-takde kena mengena pun.
  • Nama watak utama ditukar kepada Nur Jannah sebab lebih lembut dan kena dengan perwatakan.Mujur.Kalau tidak tak adalah JannahAryl.
  •  Idea asal adalah 26 episode. Episode 19-Jannah terima Izaryl. Episode 22 Jannah tinggalkan Aryl, Episode 23-25 kehidupan Jananh di kampung dan rumah Bonda.Episode 26- Jannah bertemu semula dengan Aryl.

Jom pergi ke Beijing-Promosi Gempak

Comments

  1. Pelik kan cerita ni? Saya pun hairan jugak. Dah tinggal 2 episod je lagi. Sempat ke cerita ni nak bagitau pasal anak pakcik razak (suffiyan) kat tengku zarina tu. Cerita ni macam berbelit-belit. Hihihi. Malas nak komen banyak2. Kita cuma perlu tunggu dan lihat je lagi dalam 2 episod akhir. :)

    ReplyDelete
  2. apepon best la..cma jalan citer mcm x kena la...kalu dia panjang episod lagi msti best kan...mcm pelik pdhal smua tahu janah isteri zaryl..sorng pon x nk cri janah uk nyer...

    ReplyDelete
  3. bez..tp lately ni rasa spoil ja nk tgk...adussss

    ReplyDelete
  4. Serious citer ni xbest lgsung...berbelit2...xphm..n lastly ayah jannah xthu lgsg y jannah tu da kwen..bkn ngndung anak lua nikah...sgt tah pape citer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut citer asal dah cantik dah'
      tapi dorang ubah..

      Delete
  5. Gandingan mana yang lebih lebat untuk Nelydia? Aeril Zafri(CJ)l atau Amar Ashraf(SHN)?

    ReplyDelete
  6. hari ni baru tengok ending cinta jannah ni,,,rsa mcm xkena sbb ending xde pon tunjuk pasal mak ayh jannah kat kampung,,huhu
    apa2 pon..cerita ni best sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju... nak jugak tengok jannah berbaik semula dengan ayah & kakak dia. kakak dia dah insaf tu. yang sangat kesian adalah mak dia. at least tunjuklah mak dia gembira jumpa jannah,izaryl & anaknya.

      Delete
  7. entah ape2... typical drama melayu...

    ReplyDelete
  8. PANJANG NIH...Fans Cinta Jannah jgn marah ye...ini just kesimpulan dan komen dari sudut pandangan saya selepas tamat drama ni...hopefully selepas ni penulis skrip dan pengarah boleh tingkatkan karya mereka yg akan dtg...WE SHOULD AGREE TO DISAGREE..To be frank drama ni agak kelam kabut plotnya dan agak jauh dari realiti...memg le drama tapi ini bukan fiksyen dan harus ada logiknya...Berikut ANTARA komennya...
    1. Nama Nur Jannah memg sesuai, maknanya pun..Cahaya Syurga...di sini syabas whoever decide tukar dr skrip asal.
    2. Karektor Izaryl jd mcm tak bertggjwb apabila biar 9 thn berlalu (4 thn seems ok) dan terpisah dari anak isteri. Sepatutnya dicari. Tggjwb sbgai lelaki dan suami. Bukannya susah sgt pun sbb dia ada opah, datuk dan Pak Su (ustaz Talha) yg mengenali keluarga Nur Jannah. Di sini nampak tak logiknya in reality seseorg tu akan allout cari bukan menyerah. Tapi mgkin Izaryl 'jenis' tu...Wallahualam.
    3. Terlalu byk watak antogonis dlm drama ni...semua nak buli Jannah..dgn si Balqis 'orang2' tu, dgn si Damia gedik, dgn Tengku Mummy yg sombong, dgn si ayah yg tak cukup akal sbgai ayah, dgn ibu yg lembik tak boleh protect Jannah dari Balqis si 'org2', dgn Razlan yg jahat dan curang dgn si Suffian yg asyik nak tambah bini....saya rasa dah overkill. Logik ke in reality hidup kita dikelilingi dgn org jahat dan tidak bertimbang rasa? Rugi plot dok cerita bab dia org ni sdgkan tumpuan harus kpd Izaryl dan Jannah.
    4. Sikap Datuk Khalid yg lembik tak ambik tahu sikap anak bini dan Tengku Mummy yg asyik menekan Izaryl kawin dgn anak dia.
    5. Sikap Izaryl yg lsg taktau tengku Mummy dan damia dok buli jannah, klau tau pun dia tak buat apa2? Logik ke? Klau saya suami...dah lama dah saya tendang org yg buat mcmtu kat isteri saya...he he...just joking...
    6. Taat pada ibu itu WAJIB tapi klau apa yg ibu tu buat adalah salah dari segi syarak (cth : cuba runtuhkan masjid) wajib taat ke? Dan seorg suami bukan saja brtggjwb atas Ibu tapi juga anak isteri...penulis skrip kena buat kajian lebih dalam. Saya rasa ketidak tegasan izaryl melemahkan karektornya.
    7. Jika ikut komen Nelydia Senrose kekuatan drama ni sbb semua watak kuat dan ada cerita mereka tersendiri. Dalam WHI, Nelydia sebut episod akhir akan rungkai segalanya, malangnya not to expectation sbb tak ckup masa dan seolah2 tergopoh gapah nak habiskan atau wrap up drama ni,
    8. Aeril Zafrel komen dlm WHI sebenarnya watak Izaryl cari Nur Jannah..tapi di mana silapnya ntah, kita lsg tak nampak plotnya (deleted scenes kot?) kecuali ronda2 dgn kereta cari tepi jalan mcm cari anak kucing hilang? Kesian....
    9. Kisah curi2 baby tu mcm saya lihat komen di atas memg betul kurg relevan dan xtra2 tu semua kaku buat spoil je drama ni. Lagi baik ganti dgn plot2 tentang apa yg dah jd pada Ustaz dan apa akhirannya hubungan Jannah dgn ibu dan ayah. Tak bersihkan nama Jannah dari dituduh mengandungkan anak luar nikah? Fuhh.....seorg isteri taknak pertahankan maruah dia yg tercemar? Kurg logik!!
    10. Drama ini berkisarkan Cinta Jannah dan Izaryl tapi malang saat bahagia mereka bersatu semula terlalu pendek hanya dlm beberapa minit dlm episod terakhir....Pengarah ada alasan tersendiri mungkin sbb tdak boleh lari dari norm...mgkin itu cara ending bagi mana2 drama??? tapi adakah itu yg majoriti penonton suka??? klise.

    Jgn kutuk saya pulak atas komen ni, boleh bagi pandangan masing2...akhirnya saya simpulkan mcm ni....DRAMA INI SAYA ANGGAP BUKAN ANTARA YG TERBAIK wlaupun berpeluang jd antara yg terbaik dgn barisan pelakon yg hebat. MUNGKIN atas bebrapa kelemahan berkenaan. APAPUN... SYABAS KPD PELAKON2 YG MEMBAWA WATAK DGN BAIK IAITU AERIL ZAFREL, NELYDIA SENROSE, RAMONA ZAM ZAM, DIAN P.RAMLEE, SHAHARUDIN TAMBY, RAHIM JAILAINI, SAIFUL NIZAM DAN RAMAI LAGI YG SAYA TAK INGAT NAMA...2 ORG YG MELAKONKAN WATAK OPAH DAN DATUK IZARYL ITU JUGA BAGUS. Tahniah kpd para pelakon. Kpd Pengarah, penulis skrip dan penerbit....anda berpeluang meningkatkan mutu dlm karya yg akan datang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sya skong komen awk tu...crita nur jannah ney gantung...

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Saya sgt setuju dgn setiap apa yg Zusudin katakan diatas...
      pd pendapat saya, walaupun de sedikit "happy ending", tp terlalu byk benda yg tergantung tidak seperti byk drama lain yg saya tonton..

      sedikit kekurangan episod akhir:

      - bpk Jannah tuduh dia mengandung anak luar nikah, adakah Jannah biarkan sahaja? x logik seorang perempuan akan biarkan klu die x salah...

      - dlm cerita ni Jannah seorang anak yang soleh, xkn die x nk jumpa family die balik dan explain psl perkara diatas(mengandung anak luar nikah)? lgpn nk tgk gk hubungan die dan family die since bpk dgn akak die da insaf.. lepas scene last dpn kolam 2 bole tambah diorg balik kampung Jannah jumpe family die n explain psl kandungan die dlu, x perlu pnjg2, sedikit pn memadai, at least ada...

      - Izaryl ni x sungguh2 ke cari Jannah? dlm cerita ni Jannah sendiri ada handphone, xkan la Izaryl xleh call die? xkn la sampai 9 tahun call x angkat? (maybe Jannah ttbe tuka no kot, hahaha). klu x call pn, bole kata hampir sume karakter kenal Jannah dlm ni, xkn xleh jumpe lgsg kot sampai 9 tahun baru terjumpa, x logik klu based on jumlah karakter yg kenal Jannah...

      - menghilang 9 tahun terlalu lama, mgkin de je yg sampai 20, 30 tahun x jumpa, tp based on this story, 9 tahun seems ridicilous..(point ni berkait dgn point atas)

      side dishes tuk episod akhir (x tunjuk pn xpe, tp tunjuk lg bagus)

      - apa yg jd kt ustaz talha, amina dan parents Damia (halau anak xkan x menyesal lgsg kot). lg 1 psl Hakim n Zahira...

      sedikit komen on karekter Izaryl:

      - mmg anak patut taat pd mak, tp klu mak soh kawin dgn pompuan kaki clubing, xkn kne ikut gk kot? sepatutnya Izaryl explain bnde ni kt mommy die n Jannah npe die xnk kawin dgn Damia.. ini melemahkan karakter Izaryl n pd saya dilihat seperti masih cetek ilmu agama Islam...

      sedikit komen on karakter Jannah:

      - mcm yg Zusudin ckp, terlalu byk watak antagonis yg melawan Jannah, pd saya Zahira je la watak yg protagonis, 2 pn watak sampingan je n x aktif.. mcm x logik, adakah hidup kita ni dikelilingi org2 jahat sahaja? lg 1 bab penampilan, kate karakter yg alim, pki la tudung, ckup tunaikan rukun Islam kalau x pki tudung luar rumah watpe kn, berdosa gk...

      Sedikit overall weakness drama ni:

      - flashbackp culik2 baby ni memeningkan, nk buat xpe, tp penceritaannya perlu diperkemas...

      - watak Hakim dan Zahira amat x aktif, walhal Hakim ialah housemate Izaryl dan Zahira ialah best friend Jannah which means diorg dua ni antara org yg plg rapat dgn Izaryl dan Jannah.. sepatutnye memainkan peranan yg lebih aktif..

      Kesimpulan:

      Overall, drama ni storyline ok, quite touching in the end.. cuma de flashback yg memeningkan dan ending yg amat byk perkara tergantung, pd aku "a touching and happy but incomplete ending"...ending adalah sesuatu yg org plg tunggu dlm apa2 cerita pn, jd ia memberi efek yg besar kpd penilaian penonton..sbb ending yg kurg berkesan, saya bole bg 6/10...

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. TAMBAH SKET LAGI...
    11. Amina kan isteri Suffian? Dia pernah kerja dgn Jannah, takkan Suffian tak pernah cerita bab Jannah? tak mgkin tak berhubung lsg? Peluang Izaryl cari Jannah sgt2 besar, apatah lagi bila dia berkenalan dgn Bonda diwaktu kelahiran anaknya. Terpisah 9 thn jauh tersasar dr realiti.
    12. Kawan2 baik Izaryl (housemate) dan Jannah sendiri kebetulan kenal dan bertunang. takkan mereka ini tak pernah bertemu dgn pasangan Izaryl dan Jannah?? Si kwn Jannah yg tukar ke Terengganu tu takkan tak balik2 lsg jumpa Jannah di KL? Watak2 awal tu hilg camtu je?? Nampaknya watak antogonis lagi galak diceritakan sdgkan watak baik lenyap dari scenes? Sesuatu yg harus difikirkan.

    Kwn2 klau ada komen boleh tambah sbb kita nak tgk mutu drama Msia yg lebih berkualiti dan memberi pengajaran berguna kpd masyarakat bukan skadar hiburan yg melalaikan (siar waktu maghrib kurg sesuai). nasib baik ada PVR...he he..

    ReplyDelete
  11. Pd saya jalan cerita dh ada cuma suntingan xcantik bila byk scene tempelan yg diutamakan dr scene scene wajib utk sokong kekuatan jalan cerita... Akhirnya 2 episod terakhir jadi nampak kelam kabut.. Anyway kecacatan ni byk di cover oleh lakonan mantap 2 teraju utama nya.. Tahniah!!!!

    ReplyDelete
  12. sgt setuju...cerita ni sgt terabur...banyak benda y tak logik...tp walaubagaimanapon ucapan tahnia wajib diberi...x dinafikan jika pelakon y diambil tidak bagus..mungkin cerita ini x akan dapat sambutan y hebat,,,so kesimpulannye,,cerita ni dikaburkan dgn lakonan y mantap dari pelakon2 y hebat

    ReplyDelete
  13. bukn ke balqis yg х suke dekat jannah ?? Aku heran la dgn cete nii, tak pelaah, yg penting I LOVE YOU AERIL ZAFREL! I'm your big fans from BRUNEI, hihihi!

    ReplyDelete
  14. Amat boring hari nie... tapi hati saya terhibur di blog awak
    .. terima kasih ... saya akan lawati lagi blog nie ..
    harap awak akan sentiasa update dengan cerita2 baru...


    Here is my weblog; Buat Duit Online

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq