Samarinda Ruby



Judul drama: Ruby
Jumlah Episode:
Slot :Samarinda
Mula tayangan: 2/1/2012


Sinopsis Drama Ruby TV3
Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.
Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.
Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

Lagu tema: Cerita Dia(Drama band)



Siti saleha sbg syuhada
Hanez Suraya sbg Nadia



Jangan lupa saksikan episode Ruby pada 5/2/2013.
Adakah Benjamin akan mengahwini syuhara?

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...