join admya di FB

Manisnya Cinta di Cappadocia





Assalammualaikum,
Salam sayang buat semua,
Kalau dalam entri sebelum ini.Novel manisnya cinta akan didramakan,tapi khabar baru pihak Global station nak Novel ini difilemkan dengan nama Manisnya cinta di Cappadocia.
Pengarah yang dipilih adalah Bernard Chauly dan skrip ditulis oleh Rafidah Abdullah
Harap filem ini sebest Istanbul aku datang
Pelakon utama:Pelakon utama telah disahkan iaitu Fazura dan Shaheizy Sam




Harap filem ni sebest novelnya.Disebabkan durasi filem tak sampai 2 jam,tak semua scene akan dimasukkan.


Sinopsis:

Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang. 

Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya. 

Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya? 

Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya. 



bersama assistant director







Credit: FB Manisnya Cinta


Comments

  1. kak fara, drama duri takde link ke, best sgt cite tu akak

    ReplyDelete
  2. yess nvel nie difilm kan?rugi klu xtgk..

    ReplyDelete
  3. drama terlanjur cinta pun nampak best.kat tv 9 skrang.....crita 2 ala2 novel andai itu takdirnya.tpi x sure la....

    ReplyDelete
  4. HERO AS ''NAZMI'' - AQASHA (COMPEM MELETOP)
    ''FREDO'' ( ZAIN SAIDIN) -OK LA
    BAHTIAR'' ( AZHAN RANI)
    ADURA'' (ADIK BALQISH )

    ReplyDelete
  5. ala kpe plak plakon die da btukar? bukan nk letak kan Fazura ker??Redza Minhat tu ok dah sbg hero klu bganding dgn fazura pasti meletop

    ReplyDelete
    Replies
    1. viera:
      fazura jadi berlakon dalam filem ni
      watak tak pasti..
      ifti liyana kut

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq