Cerekarama Nurin Najwa




Cerekarama: Nurin Najwa
Lakonan: Sari Yanti,Zahiril Adzim,Jalaludin Hassan,Zamarul Hisyam,Betty Benafe.


Sinopsis:
Mengisahkan tentang Nurin Najwa yang bersekolah di tingkatan lima dan bakal menduduki peperiksaan.Najwa berkenalan dengan Irfan dan mereka saling bantu membantu dalam mengulangkaji pelajaran. Irfan berasal dari keluarga yang sederhana, dan ibunya menjual kuih.Manakala, Najwa anak tunggal kepada keluarga berada.Namun hubungan rapat mereka dicemburui Tika yang menaruh hati pada Irfan.Dia menuduh Irfan seorang penagih dadah sama seperti bapanya kepada mama Najwa.Sejak itu,Najwa tidak lagi berhubungan dengan Irfan dan Najwa berhenti dari pusat tusyen.Ini menimbulkan tanda tanya kepada Irfan,lalu dia pergi ke rumah Najwa dan merasakan ada sesuati berlaku antara Najwa  dengan Cikgu Fikri.Hingga satu ketika Najwa mengandung,namun kandungannya gugur. Najwa dihantui dengan rasa bersalah.Irfan cuba membantu Najwa namun terperangkap dan dituduh bertanggungjawab di atas kematian anak Najwa. 




Suspens betul tengok drama ini.Macam crime drama
Akhirnya terjawab...Irfan bukan bapa bayi kepada Najwa tetapi pakcik driver keluarga.Dah syak dari awal lagi...mula dari babak dia sentuh tangan najwa.Namun,Irfan dan Najwa berkahwin setelah menjalani hukuman selama 3 tahun di pusat pemulihan akhlak.



Moral of the story - kepada gadis-gadis,sayangi mahkota diri anda.
Statistik buang bayi 2011



Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...