join admya di FB

Kes buang bayi,statistik semakin meningkat

Semalam,kita dikejutkan dengan berita seorang bayi yang masih bertali pusat dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri.Bayi yang tidak berdosa tersebut,mati selepas dilahirkan akibat perbuatan kejam individu yang tak bertanggungjawab.

Manusia sanggup menjadi kejam sematamata untuk menutup perasaan malu akibat perbuatan mereka sendiri.Pergaulan bebas tanpa nilai-nilai agama akan mengakibatkan kemusnahan bukan kepada diri sendiri malah ia memberi kesan kepada masyarakat dan negara.
Bukankah masih ada alternatif lain sekalipun anda tidak mahu bayi tersebut.Kita masih ada rumah kanak-kanak perlindungan.
Statistik menunjukkan untuk bulan jan 2011 sudah 34 kes dilaporkan dan Selangor mendahului statistik tersebut dalam tempoh 5 tahun lalu.
Berdasarkan data dikumpulkan JKM dari tahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan rumah membabitkan 99 bayi, diikuti tempat pembuangan sampah membabitkan 77 bayi (15.8 peratus) dan bakinya di tempat seperti semak, masjid, sungai, tepi jalan dan hospital.
Walaupun kini Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak memlebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, kes buang bayi terus berlaku di mana Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 127 kes, diikuti Johor 104 kes, Sabah 73 kes, Serawak 42 kes dan Negeri Sembilan 30 kes.

Ini belum termasuk kes penguguran bayi...Ada remaja yang pernah melakukan penguguran melebihi 3 kali hinggakan rahimnya hampir terkoyak dan pecah.Kini ketagihan sex(sex addiction di kalangan remaja semakin meningkat.Pengaruh-pengaruh sekeliling dan benteng iman yang rapuh menjadi punca mengapa kes sebegini semakin meningkat.

Kepada remaja perempuan,hargailah mahkota anda,letakkan di tempat yang tinggi dan berilah ia hanya kepada seorang lelaki yang bernama suami.
Kepada remaja lelaki,bentengkan diri dengan iman yang kukuh agar menjadi lelaki yang tidak rapuh dek godaan nafsu.

Hargai diri,hiasi peribadi...
Hayati lagu KALAU BERPACARAN

Sohaimi Mior Hassan


Kalau berpacaran

Memang banyak pantang larang

Menjaga susila

Ibu bapa adik abang

Apabila berdua

Carilah tempat yang terang

Agar tidak pula


Mencuba aksi terlarang




Korus

Boleh pandang-pandang


Jangan pegang-pegang


Duduk renggang-renggang


Bertambah sayang

Biar malu-malu

Biar segan-segan

Kerna malu itu

Perisai orang beriman



Ana Raffali

Kalau berpacaran

Jangan tunggu lama-lama

Kalau dah berkenan

Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan

Meminang dengan segera

Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus



Altimet

Yeah

Kita sambung cerita

Kalau kamu berdua

Aku yang ketiga

Aku penambah perasa

Akulah pendarab nafsu serakah

Hai teruna bikin perangai selamba

Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah


Kalau tak sedia


Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Baca juga :
 nafsu-seks-lelaki-dan-wanita-sekarang

Comments

  1. salam, ape pendapat puan jika kita memberikan remaja pendidikan seks, kita tidak mengajar seks tp mengajar ttg ape itu tggung jawab

    ReplyDelete
  2. pendidkan seks memang perlu...cuma masyarakat kita terlalu terkonkong mindanya hingga tidak dapat menerima pendidikan seks walaupun subjek itu tidak semestinya mengajar tentang seks

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq