Drama SuperMak tv3



 
Nama drama: SuperMak
Hari tayangan: setiap isnin
Jam tayangan: 9.00 malam
Pengarah:
Penerbit:
Jumlah episode: 13
Para pelakon - Nasha Aziz,Azhan Rani,Zul Yahya, Syawal
Mula tayangan: 25 Julai 2011

 
Synopsis Super Mak:
SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah sepenuh masa, Amy Salim (Nasha Aziz) yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani. Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil garuda. Kisah bermula apabila burung garuda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari. Setelah diselamatkan oleh Thani, burung garuda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung garuda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.

 
Watak-watak SuperMak:

 
Nasha Aziz- Amy Salim
Seorang suri rumah yang mempunyai kekuatan dan kelajuan yang luar biasa.Mula menyedari sejak kecil tentang keistimewaanya itu dan diminta oleh ayahnya agar merahsiakan tentang kehebatan beliau.Apabila dewasa,Amy berkahwin dengan seorang anggota polis Inspektor Rees dan mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris). Akhirnya,Amy mengambil keputusan mengunakan keistimewaanya untuk membantu suaminya membanteras jenayah. Musuh ketat kepada Bashar,dan ditakuti oleh penjenayah.


 

 
Azhan Rani- Inspektor Rees

 
Seorang anggota polis di Kuala Lumpur,Sering berhadapan dengan kes-kes jenayah,menyebabkan beliau sering bertugas untuk memerangi jenayah.Maklumat tentang kejadian tersebut dikongsi kepada isterinya Amy tanpa mengetahui isterinya mempunyai kuasa luar biasa.Rees juga tidak suka akan SuperMak kerana ia mengambil alih tugas polis dalam membanteras jenayah

 

 
Khalil (Syawal) dan Ghazi (Henzy Andalas) mereka juga mempunyai kekuatan telekenetik  yang berupaya untuk menjadi halimunan, mereka juga berasal dari keturunan Thani
 
 
Watak jahat dalam Supermak

 
 Zul Yahya- Bashar

 
Merupakan musuh tradisi dari salah satu suku kaum Thani di Riau, muncul dengan tiba-tiba untuk mengganggu ketenteraman awam dan termasuklah keluarga Amy Salim. Bashar sangat tamak orangnya, kuasa apatah lagi, dan akhirnya Bashar berjaya untuk menguasai seluruh Kuala Lumpur dan kumpulan gengster juga patuh pada  arahannya. Digelar 'tangan api' kerana mempunyai kuasa api yang hebat.
 Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia (keturunan thani)perlu bergabung untuk memerangi Amy untuk mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.


 
Camelia - Zara Zya
Satu keturunan dengan Amy,namun menyalahgunakan kuasanya untuk bergabung dengan Bashar untuk mendapat satu pecahan pingat daripada Amy

 

 

 
admya- cerita supermak macam adaptasi daripada "no ordinary family" tapi versi Malaysia

Best!

 


Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...