join admya di FB

Episode SuperMak


Episod 1

Siri bermula Amy di ATM apabila dia dikejutkan dengan bunyi alarm. Dua orang perompak keluar dari bank membawa guni besar. Seorang pengawal bank keluar dari bank tetapi telah dipukul oleh perompak. Amy teringatkan sesuatu. Flashback Amy: pemandangan indah di kampung. Dua kanak-kanak riang bernama Amy dan Zein bermain. Sesuatu menimpa Zein menyebab dia pengsan. Babak ini akan memapar kekuatan Amy. Pak Haris, penjaga Amy menasihatinya berhati-hati apabila mengguna kuasanya agar rahsianya tidak terbongkar. Dia jugak di nasihati mengguna kuasanya untuk kebaikkan dan menegak keadilan.


Episode 2
 
Kesudahan babak ,di mana Amy melawan perompak. Tanpa di sedari Amy, Bashar menolong ketua perompak yang sedang melarikan diri. Apa yang Bashar telah buat ,menyebab Pak Haris yang berada di kampung menumpah minumannya.Pak Haris mula rmengimbas masa , dia diberi seorang bayi ,Amy oleh kawanya yang kelihatan cemas,meminta Pak Haris memelihara Amy. Babak lucu ketika Amy kecil,dia tidak sedar kekuatannya, Pak Haris terpaksa bohong mengelak pecah tembalang. Rahsia Amy hampir terbongkar kerana Inspektor Rees muncul dengan tiba-tiba. Ketika Amy bergegas beredar,dia bertembung dengan Bashar yang hanya senyum sinis lalu lesap Ibu mentua datang melawat,Amy tidak berapa rapat dengannya kerana dia agak cerewet.
 
Episode 3
Pak Haris mula mencerita bagaimana dan kenapa Amy mempunyai kuasa yang ajaib ini. Bercerita mengenai nenek moyang di kepulauan Riau. Baru Amy sedar yang bukan dia saja yang memiliki kuasa ini. Nenek moyang mempunyai ramai anak bermakna Amy mempunyai saudara yang dia tidak tahu wujud. Bashar mengekor seorang pemuda bernama Khalil yang mempunyai kuasa menggerak benda (telekinesis,) dan ESP. Bashar mempunyai ESP tetapi tidak sekuat macam Khalil, tetapi dia dapat jugak menjejaki Khalil. Bahar terpaksa menewasknya untuk memiliki kuasanya. Tetapi Khalil dapat melepaskan diri. Inspektor Rees terpaksa pergi oustation. Dia risau keselamatan anak dan isterinya kerana beberapa kejadian pecah rumah telah berlaku. Dia meminta Pak Haris duduk lama sikit sementara dia tidak ada.


Episode 4
 
Khalil mencerita yang mereka saudara bau-bau bacang. Mengikut naluri Amy tahu memang benar. Khalil perlu pertolongan dari Amy menewaskan Bashar. Dia tidak mempunyai kuasa kekuatan atau kelajuan seperti Amy kerana setiap generasi tidak semesti mempunyai kuasa penuh atau berlainan kuasa. Namun perangai Khalil yang suka menggatal, merimaskan Amy dan menimbulkan kemarahan Rees. Rees merungut kerana sekarang ada ‘superhero’ di ibukota. Dia tidak suka kehadiran Supermak ini malah membencinya kerana bertindak mencampuri urusan polis. Bashar pula telah memunculkan diri di majlis mesyuarat agung mafia-mafia Kuala Lumpur. Dia ingin menjadi ketua besar/presiden kepada semua gangster di negara ini.
 
sumber: supermak tv3

Comments