Gerik

Well, tak kenal maka tak cinta..pepatah orang dulu2 tentang sebelum mengenali sesuatu
dah hampir 2minggu di Gerik...
so dalam 2 minggu memang belum cukup untuk mengenali Gerik sepenuhnya....tapi buat kekawan yang tak pernah gi Gerik ni la masanya
....JOM KENAL GERIK

Gerik sempadan kelantan, kedah,Thailand,Penang,
Kira tengah2 ar...
270 KM dari KL (kira2 4-5 jam kalau gi naik kereta)
143KM dari Ipoh(1-2 jam kalau naik kereta)
Daerah terbesar di Perak,tapi kadar kepadatan penduduk yang kurang..sebab banyak kawasan tidak didiami.banyak hutan
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu diikuti kaum Cina,Siam,India.


Tasik banding

Gerik ada mercu tanda- TANDUK RUSA(tak dapat disahihkan sejarahnya sebab dapat secara lisan)Gerik adalah bandar yang diapit oleh hutan belantara.Daripada sumber-sumber yang diperolehi, dahulu hutan gerik banyak rusa(tapi tak tahu sekarang,kena tanya perhutanan),sebab itulah ada mercu tanda  tanduk rusa.Tapi Gerik pun banyak gajah(^_^)he..he..
..di sini ada taman tanduk rusa- tempat beriadah..berdepan dengan IPD Gerik dan bersebelahan dengan kedai makan..tempat ni famous di kalangan orang gerik..sebut je kedai tanduk rusa,mereka pasti di mana(lokasinya juga strategik) di tengah- tengah bandar gerik.


Ok,kita cerita tentang sejarah dulu


Asal - Usul Daerah Gerik
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun
1870 beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok Ad(Tok Saad).
Tiada beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang pelik terbit daripada perdu serumpun gajah. Baginda memerintahkan supaya dipagarkeliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.Raja Reman itu telah menamakan tempat itu KampungGerit.
Sebutan Gerit itu telah di pakai beberapa lama tetapi orang-orangnya yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaan daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.
Tempat membeli belah
Kat Gerik nie takde shopping Mall(yang ni tak tahan) tapi pasaraya paling besar adalahThe Store(tak besar mana pun),yang lain tue pasar raya biasa2 kat taman-taman perumahan...
No Watson,No Guardian(T_T) ooo tidak........
Pasar malam hari Jumaat,Pasar Hari(Sabtu),Pasar Tani(Selasa)time2 nie semua turun bandar gerik.Gerik memang terkenal dengan Pasar Malam dan Pasar Tani.
Pengkalan Hulu(Bebas Cukai)
Betong(dalam Thailand) banyak barang2 murah-KENA ADA PASSPORT kalau nak masuk....(sesiapa anak Perak,Kelantan--- tak yah passport cuma kena bayar RM10 je...
Makanan
(Salah satu kedai mamak kat Gerik)
Boleh tahan mahal...lebih kurang KL gak(tapi kekadang rasa KL lagi murah)
Kat Gerik ada KFC je.
No Mcd,Big Apple,Old town Coffee,Pizza Hut.Kalau nak makan semua nie kena gi Ipoh. atau K.K... jauhnya
Oleh sebab dekat dengan sempadan Thailand, maka makanannya pun mix dengan makanan Siam

Kedai makan yang popular kat gerik:
  • Kedai nasi lemak ayam godam
  • KFC
  • Kedai mamak Salim Kari kepala ikan
  • Medan takong


Musim Buah
hohoho...nie musim yang paling dinanti-nantikan...Macam-macam buah ada..durian,mangga,rambutan.Makan sampai tak larat..
Suasana

Nyaman dan Sejuk(waktu pagi) ye la kawasan berbukit bukau.....
Jalan Lenggang(no Traffic jam seperti bandar besar lain)


Talian telekomunikasi

Internet

Kalau kat bandar Gerik, boleh pakai broadband celcom dan maxis,so far laju gak

tapi kalau di taman perumahan,lebih baik pakai celcom broadband atau streamyx..

Telefon

Kebanyakan orang di sini masih menggunakan talian tetap- TM
kalau talian telefon- maxis dan celcom
tapi kalau masuk ceruk kampung- celcom je ada line
Radio
erm...tempat berbukit bukau...tak banyak stesen radio dapat kat sini
TEMPAT REKREASI
Ada.banyak air terjun macam LATA ULU LAWIN,LATA KEKABULATA AIR BERUK,LATA PINANG,(belum pernah gi lagi)
Lata nie tempat mandi sungai (bagi sesapa yang tak tahu) suka sangat mandi sungai walaupun sejuk...BEST!!
TASIK BANDING - terkenal dengan ikan sungai yang fresh
Pengangkutan
- Transnasional Sdn Bhd (jika anda dari KL...... satu-satunya syarikat bas ekpress yang direct terus Gerik- KL)


    • Syarikat Kulim Baling (jika anda dari Kedah)
    • Perak Roadways (jika anda dari Lenggong, Sempadan Thailand dan Ipoh)
    • Syarikat Red & Yellow (jika anda dari Bandar Taiping atau Kuala Kangsar)
    • SKMK (jika anda dari daerah-daerah di Kelantan)
    - Syarikat Red & Yellow di Stesen Bas K. Kangsar dan terus ke Gerik. Bas(bas lompat-lompat) 1 jam sekali, ada teksi... tapi SENANG CERITA kalau ada kereta,motor sendiri LEBIH BAIK!! naik bas nie memang menguji kesabaran...dgn condition bas ibarat mati tak mahu hidup segan... lagi2 org jakun macam aku yang tak pernah naik bas kampung....lagi la... ishk...ishk...tak reti betul nak bersyukur...sbb itu je bas yang ada nasib baik kalau tak haru la nak balik KL..

    Jika anda memilih dengan menaiki keretapi dari mana-mana destinasi diseluruh Semenanjung Malaysia, stesen yang paling hampir ialah stesen keretapi K. Kangsar. Dari bandar K. Kangsar, anda boleh menaiki teksi ataupun kenderaan awam.Kan best kalau ada keretapi ke Gerik...
    • Ikuti pesanan ini

    Pemandangan yang  Biasa jalan gi Kelantan Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli.Memang banyak gajah terutamanya jalan ke Kelantan..yela memang kawasan diorang,so hati-hati di jalan raya..



    KEISTIMEWAAN GERIK
    Di sebalik kekurangan,ada kelebihan...takkan takde langsung ye tak..
    # Gerik terkenal dengan air bukit
    ...dah la bersih...sedap plak tue..penapis semulajadi...tak yah beli penapis...
    pegi kawasan bukit tempat orang tadah air...isi air dalam botol...senang...
    # Byk tempat bersejarah macam kat Lenggong- tempat penempatan manusia zaman batu...WARISAN SEJARAH DUNIA tue...Kalau sesiapa nak tahu camana keindahan Lenggong(tengok filem Sara lakonan Ida Nerina dan Shamsul Ghau-ghau)
    # Tempat Pemprosesan Bijih Timah....sampai sekarang masih ada....Rahman Hidrolik(RHT)- famous(banyak kali masuk tv)
    # Hutan Belum...Hutan Simpan yang tertua di Malaysia---tempat rekreasi yang adventure
    # Ada banyak burung layang-layang al walet....diorang selalu tido kat wayar2 lampu kat bandar Gerik...tapi sekarang dah maju...dah komersil..pengusaha sudah mula buat rumah untuk burung al walit-ada sampai tiga tingkat...

    Kesimpulannya,tak sangka Famous juga Gerik ni sebenarnya,cuma aku je tak tahu dan tak ambil tahu...Tapi sekarang dah tahu...Mesti bangga orang Gerik,kalau diorang baca...
    excited betul cerita!sebelum nie bukan main sedih lagihe..he... Sesamala kita berkongsi ilmu...

    note: Pengkalan hulu dan lenggong memang bukan dalam daerah gerik tetapi ia adalah bandar terhampir dengan bandar Gerik,apatah lagi ia bawah satu daerah besar iaitu Hulu Perak.


    Gerik part 2

    Comments

    1. okey, saya orang gerik dan saya memang berbangga dgn articel awak.cuma nya ada sikit2 lah yg tak berapa tepat,tapi its okeyy! ;)

      ReplyDelete
    2. kalau sudi berkongsi apa yang tak berapa tepat tue,lebih baik..sebab saya masih baru di sini

      ReplyDelete
    3. Yg Tidak Tepat Itu Ialah :-

      TASIK BANDING - terkenal dengan ikan sungai yang fresh

      Tasik Temengor. Banding adalah nama Pulau di Tasik Temengor.

      Sekian, terima kasih.

      ReplyDelete
    4. mercu tanda gerik asalnya gajah... depan balai polis gerik...
      tok ad datang dengan 2 adik beradik lain sorg laki dan sorg pompuan...
      ada dalam buku salahsilah mereka...

      ReplyDelete
    5. Tempat air mineral yg best tu nama dye air tarong..sekian..

      ReplyDelete
    6. Tempat air mineral yg best tu nama dye air tarong..sekian..

      ReplyDelete
    7. Sy orang Gerik..sy bangga jadi orang Gerik..skrg da ramai da tau Gerik tu dkt mne ^^

      ReplyDelete
    8. saya pn org gerik..dh lama xblik sbb tuntutan keje mmg rndu glet nk blik gerik..saya bangga dilahirkan di gerik..so now org dh taw dimana gerik and specialnyer gerik

      ReplyDelete
    9. gerik banyak outdoor place , mendaki gunung kenderong, pancing toman ,kelah sebarau , dan ader musin ikan terbo dan ikan loma , dan ader XTVT sukan air di banding, white water rafting dan kayak di pos chiong , 4x4 track high and low level , motor cross track dari gerik ke sg siput ,gerik ke gunung inas ,blh kluar ke daerah selama, dan byak lagi ,air terjun lata kulim ,air terjun 7 tingkat ,lata bayas lebih 70 meter tinggi, lata anak bukit dll, 7 kolam sira binatang yang famous utk lihat pelbagai binatang liar di rimba, ade lebih dari 30 family gajah yg sering melintasi jalan raya ,...... byk lagi boleh di kongsi....heheheh

      ReplyDelete
    10. Makanan femes kat gerik adalah tepek cicah kari...terbaek

      ReplyDelete
    11. i'm Gerikian too.. gerik semakin maju.. x lama lagi gerik akan ada TF pulak.. :-)

      ReplyDelete
    12. ada 1 lg air trjun....
      Lata Tanjong Kala...
      tmpt ni mmg mnrik tp kna redah hutan ckit r...
      tp mmg best

      ReplyDelete
      Replies
      1. btl2.. kmpng sy tuh... xpyh p lata pun xpa.. empang dy pown dah ckp bgus.. puas mndy aiyaq sejukk sungguh

        Delete
    13. Gerik mmg best....tp kne phm yg gerik dgn lggong adalah tmpat yg brlainan..

      ReplyDelete
    14. Saya org gerik jga..tahniah pd owner blog ni sggup menulis tentang Gerik
      Saya rasa kekurangan sikit bab mknan popular di Gerik..antaranya kerabu um but bayas ,yg ni blh jmpa time knduri..kt tempt lain xjmpa ni..ikan masak pndg,..masak nasi dan sayur keladi dlm buluh..dll

      ReplyDelete
    15. sy bangga jd ank gerik..
      wlpn gerik xdak bnyk shoping mall..
      bla sy berada diperatauan..
      brng at gerik lbh murah...
      gerik selalu dihty sy :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Brg dkt gerik mahal la...

        Delete
    16. tarikan lain ialah kat gerik ada banyak kedai karaoke open..hahaha..kedai majid kat lawin,,kedai pelangi.kedai kuning,kedai epik air panas dll..bagi aku kedai karok dekat gerik jauh lg bagus dr kdai karok open kat ipoh...jgn duk pertikai ya..

      ReplyDelete
    17. Aku pon bagga dok gerik weyyy , hehehe . membe2 tmpat blaja aku suke ckp gerik hulu , ceruk laaa , sedih takde mall , takde tmpat lepak yg best . fuck them all ! klau tanak dtg sudah, tak pyh laa kutuk tmpat tggal aku . mcm hampeh perangai . btw, thanks coz share pasal gerik . hehe keep updating k .

      ReplyDelete
    18. Penyiaran radio mungkin boleh cuba tala frekuensi Taiping atau Kedah. Contoh: Hitz.fm (92.8 atau 93.6). Gerik hanya dapat radio RTM dengan jelas. Manakala penyiaran radio dari Bukit Larut atau Gunung Jerai di Gerik tidak jelas, Bukit Penara x dapat.

      ReplyDelete
    19. Radio yang boleh menerima di Gerik ialah:

      97.8- Radio Klasik
      98.4- Traxx FM
      100.0- Minnal FM
      100.8- Ai FM
      95.4- Nasional FM
      96.7- Asyik FM
      96.2- Perak FM

      Yang x jelas:

      (Bukit Larut dan Gunung Jerai):

      87.8- one FM
      88.2/90.5- Hot FM
      89.0- IKIM.FM
      89.3/104.4- Lite FM
      91.0/91.3- Mix FM
      92.8/93.6- hitz fm
      95.2/103.6- ERA FM
      96.1/101.0- 988
      97.5- Kedah FM
      96.4/97.1- Sinar
      91.7/106.9- Suria FM
      98.1- Red FM
      99.7/100.2- MY FM
      102.1/102.4- THR Raaga
      104.9/106.5- Melody FM

      Yang x dpt langsung hanya fly fm dan capital fm..

      ReplyDelete
    20. Gerik dah ada kedai serbaneka 24jam termasuk 7 eleven.

      ReplyDelete
    21. Gerik dah maju boh..boleh saing baling..haha

      ReplyDelete
    22. Aku kawin gadis gerik.
      Cuuuuunnnnn sgt.
      Skng anak da 3

      ReplyDelete
    23. watson dah ade kat gerik... tapi still tak best mcm bandar besar... parit buntar pun da start maju dlm 4 tahun ni, lagi2 daerah kerian, dah ade mydin, bumbung style rumah minangkabau. walaupun mall mydin tu tak semeriah kat ipoh tapi itu satu kemajuan yg ia dah capai... Gerik bile lagi... ^_^

      ReplyDelete
    24. Wpon gerik tiada kemudahan mcm di bandar2 besa..tp ble sekali sekala blek rse tenang dan nmpk perubahan pembangunan y semakin maju dr mse ke semasa..

      ReplyDelete
    25. Already got Watson and banyak improvement dekat Gerik ☺

      ReplyDelete
    26. Gerik dah bertambah maju sekarang ni. Semua kemudahan dah ada. Paling rindu pasar ramadhan Gerik.

      ReplyDelete
    27. Terkejut tgok gajah atas jln raya mcm tu..tak pernah terserempak masa lalu jln tu.

      ReplyDelete

    Post a Comment

    haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...