Slot Akasia: Bukan Gadis Biasa Remy Ishak dan Ayda Jebat






Nantikan drama lakonan Kanda Remy Bersama Adeq Ayda Jebat dalam Bukan Gadis Biasa.
Sinopsis:
johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’. 
“Jo cakap macam tu sebab Jo tomboi? Manusia boleh berubah, Jo. Saya boleh bimbing Jo kalau Jo mahu beri saya peluang. Saya boleh beri Jo masa depan yang lebih baik…” ~ Amirul

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip. 
“Kau boleh cakap kau bukan milik aku. Tapi, aku akan tetap beritahu satu dunia, aku milik kau.” ~ Rayyan

 
Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?
“Apa? Kalau ada lelaki lain syok kat aku, kau nak buat apa? Nak bunuh semua orang yang cakap dia cintakan aku?” ~ Johana
“Tak. Aku akan cintakan kau lebih.” ~ Rayyan



admya: 
akan dikemaskini bila mereka mula penggambaran.
follow admya di facebook
nanti admya update lagi ye

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...