join admya di FB

Slot Akasia: Bukan Gadis Biasa Remy Ishak dan Ayda Jebat








Nantikan drama lakonan Kanda Remy Bersama Adeq Ayda Jebat dalam Bukan Gadis Biasa Ramadhan ini. Update ep 28

Jo. Rayyan. Mereka pernah disakiti melampaui batas kemanusiaan. Mampukah mereka menghulurkan kemaafan yang tak pernah dipinta?
Sinopsis:
Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’. 
“Jo cakap macam tu sebab Jo tomboi? Manusia boleh berubah, Jo. Saya boleh bimbing Jo kalau Jo mahu beri saya peluang. Saya boleh beri Jo masa depan yang lebih baik…” ~ Amirul

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip. 
“Kau boleh cakap kau bukan milik aku. Tapi, aku akan tetap beritahu satu dunia, aku milik kau.” ~ Rayyan

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?
“Apa? Kalau ada lelaki lain syok kat aku, kau nak buat apa? Nak bunuh semua orang yang cakap dia cintakan aku?” ~ Johana
“Tak. Aku akan cintakan kau lebih.” ~ Rayyan









admya: 


follow admya di facebook

Comments

  1. tak sabar nak tengok lakonan remy dengan ayda jebat!

    ReplyDelete
  2. episode 9 dan 10 kenapa tak boleh download ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin cite nya terlalu sedih, ngeri, tak bole difahami...

      awak cari la ye kat youtube n download format mp3 n awak bayangkanlah... :v

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq