join admya di FB

Slot Akasia: Asalkan Dia Bahagia ( Adaptasi Novel)





Salam drama. Akan datang di Slot Akasia pada 8 Mac 2019
Jumlah episode: 28
Arahan: Jamal Khan



Sinopsis:
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.

Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.

Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya.

“Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal.

Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.

“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang.
“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.

Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.



Watak:

  •  Shukri Yahya- Hari Aryan
  • Ayda Jebat - Adira Irmani
  • Nadiya Shahab- Adira
  • Idris Khan- 
  • Esma Daniel - Dato Hijaz
  • Marisa Yasmin - Datin Maria




Si pengacau Adira


Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq