join admya di FB

Drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek( Adaptasi Novel)



Salam drama,
Nantikan drama terbaharu Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim adaptasi novel The Misadventures of Cik Reen dan Encik Ngok Ngek. Pasti menghiburkan.
Jangka tayangan: Bulan 10
Channel: Astro Ria
Terbitan Suhan Movies


Sinopsis:
Kerana adik beradik masing2 yg buat onar, kakak dan abang naik pelamin. Sebabnya si adik,beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan
Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar.
What?
Kahwin??






Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii!!!)

What the hell?
Dengan Azreen, cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi!

Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu.
Zaza?
Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!

“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?”

Setelah itu bermula lah kisah mencari jejak si adik. Bagaimana nak lindungi diri dari jatuh cinta sedangkan setiap masa bersama.

Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh.

Dalam pada hati yg memekar buat suami yg berbelah bagi antara kekasih dan isteri, dia tidak pernah lupa bahawa ikatan itu hanya sementara kerana setiap masa diperingatkan oleh sang suami bahawasanya ikatan mereka akan terlerai sebaik sahaja adik mereka di ketemui. Setelah bertemu di pujuk pula kerana ibunya sedang sakit. Sampai bila Azreen boleh bertahan? Akhirnya terlafaz juga permintaan perpisahan dari Azreen. Tapi kenapa dia bingung dan berat melepaskan?


Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan. Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang.

Tak cinta tapi cemburu.
Tak sayang tapi sentiasa cuba melindungi Azreen atas dasar tanggungjawab.
Mulut kata takkan sakiti hati Azreen berkenaan Zaza namun sentiasa ingatkan perkataan berpisah.
Mulut kata akan jaga hati Azreen tapi depan2 bersayang2 miss u, love u dgn kekasih dan berdating.



Pelakon dan Watak:

Fikry Ibrahim- Harris

  •  Berlagak
  • Bertanggungjawab


Pandangan Harris pada:

Farah Nabilah - Azreen
• Di sayangi semua yg mengenali dirinya.
• Berbeza pula keadaannya bila bersama Azreen. 
• Isteri yg taat walaupun tiada cinta buat isterinya.
• Sholatnya di pelihara.
• Sentiasa menginginkan layanan dari isteri kerana dia tahu Azreen tidak akan membantah. 
• Sentiasa sejuk di pandangan mata. Tidak kurang ayunya.
• Amat suka masakan isterinya.
• Sentiasa ceria dan boleh bergurau senda.
• Nak berkepit setiap masa.
• Bila isteri hilang beberapa hari, jadi serba tak kena.

ZAZA
• Tidak di sukai keluarga dan adik beradik Haris.
• Tak pernah cemburu akan Zaza bersama lelaki lain berbanding Azreen.
• Sentiasa at Zaza's beck and call setiap masa. 
• Bila bertekak memanjakan Zaza dgn wang ringgit dan kebendaan. Sentiasa beralah. 
• Tak boleh makan sebarangan. Tak dibenarkan oleh Zaza bila bersama dan senantiasa harus menjaga apa yg di makan. 
• Kesimpulannya, dia bangga bila bersama Zaza kerana dia seorang model in demand and jelita. 

Scha Elinnea- Izyan
Farhan - Iqram
Farisha Irwayu- Mak Azreen

Download Drama








Bila kakak naik hantu dengan perangai si adik

Cik Reen cikgu sekolah

Farhan sebagai Iqram

Scha Elinnea- Izyan







admya:


follow admya di facebook

Comments