Saturday, February 9, 2013

Slot arca: Drama Cinta Kau dan Aku



Assalammualaikum,


Tak sangka novel ni ke drama. Me memang minat baca novel ni.Best sangat. Al kisah si tomboy jatuh cinta dengan boss :)
Lakonan: Fizz Fairuz, Sara Ali, Shakira Koriri,Dynas Moktar

Saksikan bermula 15/2/2013 Khamis- Jumaat 10 malam. Ganti Trilogi Cinta 2


Download semua episode






Cerita ni bermula dengan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.
Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.
Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.
Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.
Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? Saksikan kesudahan drama bersiri Cinta Kau Dan Aku hanya di TV1.







sedih betul babak ni bila baca dalam novel.-ep 8



22 comments:

  1. novel yg best... tapi naper lak tanyang kat RTM.. huhuhu... sure lupa nak tgk ni..

    ReplyDelete
  2. 2012 ke 2013???hahahaha

    ReplyDelete
  3. wahh tak sangka novel nie ke drama..pasti sedih kan cerita nie,,,baca novelnya pown da meleleh air mata apatah lagi tengok drama..tak sabar nak tunggu cerita nie...

    ReplyDelete
  4. best novel nie tp xsuka sgt gn para plakon nye cm xsesuai je...kan best novel ANDAI ITU TAKDIRNYA yg diadaptasikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. andai itu takdirnya bakal diadaptasi jugak tayang kat tv3 nanti pelakonnya ialah fizo omar&nelydia snsrosa uh berlakon setia hujng nyawa..heroin ok tapi hero x berapa minat la..novel kampung girl pun diadaptasi jugak lakonan akim af9 dan nad zainal...

      Delete
  5. buatlh entri setiap episod,download link&online video...mesti best...

    ReplyDelete
  6. bila nk buat entri online setiap episode? tak sabar ni ~ tuisyen lak memalam. ^^

    ReplyDelete
  7. ade x cer die ? ari tu trlpas la episode 1 . nk tgok .

    ReplyDelete
  8. isyh,,x suke lar pelakon die! citer die mmg dah best kat nvel,tapi..plakon die x kna larr.rse x sronok pulak nak tgok citer nieh..huhu

    ReplyDelete
  9. xbest la pelakon die

    ReplyDelete
  10. Tk best la fizz fairuz jd hero..tk sesuai lgsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon xbpe minat FF jd hero tp jln cter yg best..aduyai..lynkan jgk lah..hehe

      Delete
  11. setuju..jalan cerita dah best..pelakon je macm x sesuai..cari la pelakon hot2 sikit..mesti rating RTM tinggi every week..

    ReplyDelete
  12. jln cite best tp pelakon berlakon mcm bc skrip je.......

    ReplyDelete
  13. Episode 6 bila?

    ReplyDelete
  14. tgk cite ni slalu gelak sorg2..kelakar la diorg berlakon...mcm bc skrip je...xhayati watak langsung hihi

    ReplyDelete
  15. Cerita yg best..pelakon pun best giler

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq