join admya di FB

Putera Rayyan Slot Samarinda






Assalammualaikum,

Minggu depan bermulanya drama baru bagi slot Samarinda - Putera Rayyan.Lakonan Kamal Adli, Nad Zainal dan Miera Liyana. 

Jumlah episode : 23 episode
Mula tayangan: 31/10/2012

Drama ni berdasarkan kisah Bawang Merah Bawang Putih, cuma fokus kali ni pada Putera Raja..hehe

asyik Bawang Merah,Bawang Putih bosan jugak kan!

Lagu tema Putera Rayyan

Sinopsis:



Putera Rayyan ( Kamal Adli) menyamar sebagai pekerja di syarikat Datuk Norman. Anak Datuk Norman, Arisa(Nad Zainal) dan Anisa juga bekerja di syarikat itu.
Putera Rayyan terpikat dengan hati budi Arisa yang melayannya dengan baik, jauh berbeza dengan Anisa yang sombong dan mementingkan status.
Baru saja cinta berputik, Datuk Norman meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang isteri keduanya, Nora yang juga ibu Anisa.
Sejak insiden itu, hidup Arisa dirundung malang. Rayyan berjanji mahu menjaga Arisa sebaik mungkin.
Arisa  dan Putera Rayyan  berkahwin juga tetapi kehidupan rumahtangga mereka tidak bahagia seperti yang diharapkan. Hidup mereka suami isteri bergolak disebabkan campurtangan dari pihak mertua dan juga kehadiran orang ketiga, yang mahu memusnahkan hubungan mereka.
Arisa  sering dianiaya oleh saudara tirinya Anisa. Dia didera secara fizikal dan mental hingga jiwanya tertekan, dan selalu menyalahkan dirinya atas kematian kedua ibu bapanya. Anisa sangat kejam tetapi kurang bijak, bertindak kasar serta sanggup berbuat apa saja ke atas Arisa.
Ibu mertuanya Tengku Mariam yg tidak merestui perkahwinan dia dan Rayyan dan mahu menjodohkan Rayyan dengan Tengku Suraya.
Nora pula mengatur rancangan mahu menjodohkan Rayyan dengan Anisa apabila sedar Rayyan adalah keturunan diraja yang kaya raya.
Sampai bila nasib Arisa akan dirundung malang, dapatkah Arisa dan Rayyan bahagia kembali



Comments