join admya di FB

Andai Tiada Dia

 


Sebuah adaptasi novel, ANDAI TIADA DIA

Kecurangan di dalam hubungan kekeluargaan. Suami yang mendambakan kasih sayang dari seorang isteri, mula rasa terpinggir dek kerana kehadiran cahaya mata(anak angkat). Mengeruhkan lagi keadaan apabila tetamu yang merupakan darah daging sendiri pula menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga. 


MULAI 21 OKTOBER 2024 Jom Usha drama terbaru ANDAI TIADA DIA : Setiap ISNIN HINGGA KHAMIS, PUKUL 10 malam di Astro Ria, On Demand dan strim Astro Go Serta Sooka. Boleh layan di mana mana saja, bila–bila masa! 


Terbitan @globalstationsdn

Arahan @rizabaharudin


Bersama dengan Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana, Zahiril Adzim & pelakon-pelakon hebat yang lain.


Sinopsis:

Sudah 7 tahun usia perkahwinan antara Suri dan Haikal namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.


Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan, adik Suri yang ketika itu menumpang dirumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.


Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah yang sentiasa wujud bila Suri dalam kesusahan.

Comments